GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bahan Dapur Yang Boleh Ditanam Semula Untuk Lebih Jimat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sejak berpindah, dok rumah sendiri mood nak menanam tu datang...lebih-lebih lagi suami MF yang memang suka menanam. Gigih dia beli pasu, tanah dan benih untuk tanam. Tapi ada beberapa pokok dan sayuran bahan dapur yang boleh ditanam semula untuk lebih jimat berbelanja.

Jom lihat apa bahan dapur yang boleh ditanam semula selepas kita guna...











Banyak lagi sayuran dapur boleh ditanam semula selepas guna contohnya, daun kesum, daun sup, serai. Itu antara yang MF pernah guna semula... Bawang tu tak pernah pula cuba untuk tanam sebab tak tahu sesuai tak dengan tanam dan iklim di Malaysia. 

Setakat ni, MF tanam tomato dan daun kesum serta cili padi, Ingat lepas ni nak tanam cili besar, kailan dan beberapa sayur lain... Suami pun dah beli bekas tu... . Serai tak hidup pula sebab tanah tak sesuai. Seronok menanam ni.. terapi diri dan juga satu kepuasan bila lihat pokok yang kita tanam berbuah dan boleh makan hasilnya... Bagi yang ada tanah, memang rugi kalau tak berbakti kepada tanah.. Yang takde tanam boleh guna teknik hidroponik dan tanam dalam pasu. 

MF jarang la tengokkan pokok tu, sebab masa yang terhad.. suami MF dan mak mentua selalu tengokkan dia... Tapi seronok tengok pokok hidup subur dan segar... 



P/S: Tak boleh kucing, bela pokok pun jadilah...

2Ulasan

  1. Baguskan kalau tahu perkara2 spt ini... mambu bantu menjimatkan perbelanjaan disamping aktiviti2 berkebun di rumah yg menyihatkan... :)

    BalasPadam
  2. wah menarik ni!
    saya hanya tahu beberapa jenis yang boleh di tanam semula
    bawang putih tu yang baru ni tahu
    thanks

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ