div id='header-inner'>

Rimas Isteri Selalu SMS dan Call!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

:Alkisah suami-isteri  sekrg ini....

Telefon Ahmad berdering. Ahmad dan rakan-rakannya sedang sibuk berbual di kedai kopi.

Ahmad terkejut mendengar suar di sebelah telefon itu. Pemanggil ialah isteri Ali, sahabat karibnya yang sedang minum teh bersama dia. Ahmad memberikan telefon kepada Ali.
Sumber: Google images 

Ali terkejut. “Buat apa telefon sini?” tanya Ali pada isterinya.

“Tak ada apa-apa. Ingat abang terjadi apa-apa. Telefon sms tak jawab. Cuma nak tanya abang balik makan ke tak?,” kata isteri Ali dengan nada yang keras.

“Tak. Ayang tak perlu tunggu. Tidur dulu. Abang balik lewat,” kata Ali sambil cepat-cepat menggantung telefon.

Rakan-rakan Ali yang melihat bergurau. “Ajarlah kami apa rahsia anta buat isteri begitu ambil berat pasal enta,” kata mereka sambil ketawa.

Ali terasa malu. Isteri macam ini yang mengongkong kebebasannya seolah memalukannya.

Malam itu, Ali balik lewat. Ego lelakinya memberitahu dirinya, isteri tak boleh mengonkong kekebasannya. Balik dia terus tidur di tepi isteri tanpa bertegur sapa.

Perkara itu berulang-ulang. Ali terasa bosan dengan karenah isterinya. Terasa isterinya seperti getah yang terlekat. Ali terasa penat dan keletihan. Meskipun demikian, isteri Ali tetap telefon dan sms bertanya di mana Ali setiap hari, apa yang dia lakukan dan samada Ali akan pulang ke rumah. Bagi Ali, semua pertanyaan itu bagaikan rungutan yang tidak henti. Ali semakin hilang sabar semakin tidak menjawab.

Namun, isteri Ali tetap menunggu kepulangan Ali setiap malam. Walaupun tidak bertegur sapa, apabila melihat Ali selamat kembali ke rumah, isteri Ali pun ke kamar berehat tidur.

Kerana sikap dingin Ali yang memberikan reaksi kurang enak setiap kali isteri mengambil berat padanya, tanpa sedar isteri Ali semakin jarang bertanya di mana suaminya. Isteri sibukkan diri dengan anak-anak, kerjaya dan kawan-kawannya. Isteri Ali mulai malas mengambil berat pada suaminya.

Satu hari ketika Ali bersama Ahmad ke negeri lain untuk menguruskan hal kerja, terjadi sesuatu malapetaka, mereka terjatuh ke dalam gaung. Segala talian komunikasi hancur. Ali dan Ahmad berjaya menyelamatkan diri selepas 12 jam.

Ketika mereka mendapat talian komunikasi kembali, telefon Ahmad mempunyai 20 miscall dan berpuluh sms daripada isteri. Ali cepat-cepat membuka telefonnya.

Tiada satu miscall mahupun sms. Kosong tiada. Line penuh. Tiada orang yang mencarinya 24 jam yang lepas walaupun dia hampir kehilangan nyawa. Ali terasa sedih dan sayat hati.

Ketika itu, Ali menelefon isterinya. Tiada orang yang menjawab. Sms pun tidak dibalas. Ali terasa lagi.

Siapa lagi yang sanggup menelefon diri tengah malam tatkala kamu tak pulang ke rumah selain ibubapa atau isteri sendiri? Tapi selama ini, Ali mengganggap telefon dan sms isteri adalah satu kongkongan, satu penghinaan pada ego lelakinya.

Ali baru sedar. Rupanya telefon dan sms isteri adalah kasih sayang. Kalau isteri tak sayang, mengapa dia nak tahu keadaan suaminya dari semasa ke semasa. Telefon dan sms yang kerap itu tanda isteri hati yang mengambil berat sangat-sangat pada suaminya. Itu bukan rungutan, itu adalah kasih sayang. Ali baru tersedar.

Ali tiba di rumah lewat malam. Isterinya tidak lagi menunggunya. Isteri sudah tidur bersama-sama anak-anak. Ali terasa hatinya masam. Bukan salah isteri, ini salah dia.

Ali berubah sikap untuk memenangi hati isterinya semula. Ali bertukar watak. Kini Ali yang memaklumkan di mana dia berada dan apa yang dia lakukan pada isterinya sebelum isterinya bertanya. Ali pulang ke rumah awal dengan lebih kerap untuk makan bersama isteri.

Telefon dan sms isteri juga kembali seperti biasa. Ali berasa bangga kini apabila menerima panggilan isterinya di tengah-tengah perbincangan dengan kawan-kawan.

“Sayang aku telefon. Diam sekejap,” kata Ali kepada rakan-rakannya sebelum bercakap manja dengan isteri.

Wahai anakku,
Telefon dan sms daripada orang tersayang adalah perkara yang paling bahagia di dunia. Ada orang yang mengambil berat. Ada orang yang mengingati kamu. Jangan sesekali kamu rasa bosan pada panggilan mahupun sms sedemikian. Jangan lihat bahagia itu sebagai rungutan.

Jangan bersikap seperti Ali, akhirnya kamu akan berasa kekosongan dan penyesalan. Kamu mungkin tidak bertuah seperti Ali, kerana banyak bas yang terlepas tidak datang semula.

Hargailah orang tersayang. Kerana di dunia ini, sebagai tambahan kepada ibu bapa, tiada siapa lagi yang sanggup “mengganggu” kamu dengan kerap atas mengambil berat pasalmu. Jangan biarkan mereka merasakan kamu tidak diperlukan dari hati mereka.

Hargailah.
Sumber: Facebook 

Catat Komen

5 Ulasan

  1. btl tuh... nsb lah suami akak jenis melayan hehehe...
    kadang dia lambat bls wassap pun akak dh bebel sedangkan tempat keje dia takde line heheh

    BalasPadam
  2. itulah kita sebagai isteri ni memang senantiasa ambil berat hal suami ni tau..

    BalasPadam
  3. persefahaman tu peting..suami jangan tunggu isteri tanya baru nak bagi tau balik jam berapa, ada di mana, dengan siapa dan sebaggainya..adalah lebih baik kalau dia sendiri bagi tau awal2 suapaya isteri tak risau..

    Isteri pulak jangan terlampau mengambil berat sampai suami rimas.pantang suami hilang terus tanya itu ini.Bagi juga ruang pada suami .Suami bila dah rimas mula la fikir isteri ni menyongkong walaupun niat isteri untuk ambil berat.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)