GuidePedia

1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pernah terbaca viral pasal rungutan ibu bapa pasal slip gaji dan juga bantuan persekolahan yang lambat tahun ini berbanding tahun lepas...

Baiklah, mungkin ada ibu bapa tak buka laman web KPM tu kan... banyak hadap viral Facebook... JAdi, MF nak kongsikan info pasal Agihan Bantuan Persekolahan RM100 2016.

klik gambar untuk lebih jelas atau download di sini

Apa yang MF nak lighlightkan... 

*Bayaran dibayar secara berperingkat mulai 20 Januari 2016... Maknanya ada sekolah dapat awal, ada yang lambat. Duit tu datang dari Kerajaan Pusat dan diagihkan kepada Daerah.. kemudian baru sekolah. 

*Tahun ni ada syarat. Hanya isi rumah pendapatan RM3000 ke bawah sahaja yang layak untuk terima bantuan persekolahan RM100 ni... Sebab itulah, guru-guru nak sangat slip gaji dan pengesahan pendapatan ibu bapa sebagai bukti ibu bapa tak menipu... Sebab bab duit, memang orang sanggup menipu walaupun RM100 je... Jadi, bagi yang rasa tak layak dia tak nak kasi slip gaji takpe la.. Memang anak dia tak kan dapat. Jadi, yang layak dapat, tapi tak nak juga kasi slip gaji, jangan marah kat cikgu kalau cikgu tak bagi duit tu... Cikgu tak makan duit tu.. sebab kalau lebih pun duit tu akan dipulangkan semula kepada Kerajaan. 


Jadi, harap jelas dan tak jadi viral lagi dalam kalangan ibu bapa... Duit tu memang lambat sikit tahun ni sebab nak semak pendapatan ibu bapa... Yang keluarkan layak tak layak tu pun pihak Jabatan melalui data murid di APDM. Data tu pun pihak sekolah dapatkan dari ibu bapa dan murid. JIka betul-betullah akan dapat nanti... Jika tak, jangan salahkan guru... 
Thanks for reading: Agihan Bantuan Persekolahan RM100 2016!

Catat Ulasan

  1. HYEE..THANKS SINGGAH BLOG SYIRA LOKMAN :D DAH LAMA BARU SEMPAT NAK SINGGAH SINI BALAS KUNJUNGAN..DOAKAN SYIRA FOR NEW SEM :D

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top