Sup Kaki Ayam dan Sambal Kicap Johor!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hampir seminggu MF tak memasak... nak buat macam mana badan yang betul-betul tak daya untuk masak... Kadang jeles tengok orang dapat masak, buatkan bekal dan sarapan untuk suami dan anak-anak.. Tak dapat nak tipu hati, MF manusia biasa juga kan... Apa-apa pun redha dan terima kasih buat suami yang memahami...

Semalam, MF dah mula sihat sikit... mungkin berkat doa suami dan sahabat maya MF ni kan... Alhamdulillah MF nak memasak. jemu makan masakan luar... MF rasa dan teringin nak makan sup kaki ayam.. Jadi, pepagi lagi minta suami belikan kaki ayam di pasar. Alhamdulillah dapat la satu kilo kaki ayam yang baik dan segar untuk buat sup. Mulanya nak campur batang saderi, tapi takde pula kat kedai walaupun puas mencari. Akhirnya, campur kentang je la... boleh juga anak-anak makan.

Sambal Kicap Johor

Resepi sup kaki ayam ni, MF tak ciplak mana-mana resepi, ini resepi dan idea kreativiti sendiri.

Bahan-bahan untuk sup kaki ayam:
  • 1 kilo kaki ayam - basuh dan perapkan dengan garam dan serbuk sup
  • 7 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 ulas bawang besar (tapi yang sederhana besar) - ditumbuk
  • 2 biji cili padi hijau - ditumbuk
  • Sos tiram
  • Serbuk sup
  • Sup bunjut
  • Air
  • Minyak untuk menumis
  • Kentang
  • Daun bawang dan daun sup
  • Garam dan gula


Cara memasak:
  • Tumiskan bawang yang ditumbuk dalam minyak panas
  • Dah naik bau dan agak garing bawang tu, masukkan sos tiram.
  • Kemudian, masukkan kaki ayam yang dah diperap.
  • Gaul sebati, kemudian baru masukkan air untuk dijadikan kuah.
  • Bila mendidih masukkan 1 sudu serbuk sup dan sup bunjut.
  • Biarkan mendidih dan kaki ayam tadi masak.
  • Kemudian masukkan kentang
  • Dah agak empuk kentang, masukkan garam dan sedikit gula.  (tapi MF tak guna gula dah sebab rasa manis dari bawang besar dan kentang dah cukup untuk rasa semulajadi tu.)
  • Dah empuk betul kentang tu, tutup api... kemudian taburkan daun sup dan daun bawang yang telah dipotong halus.


Cara buat Sambal Kicap Johor
  • 11 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap
  • Garam dan gula

  1. Tumbuk cili padi hingga hancur,
  2. kemudian masukkan bawang dan tumbuk lagi sampai lumat.
  3. Masukkan kicap dan gaul sebati...
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula...dan kacau rata..
  5. Siap!!! dan boleh dimakan bersama sup kaki ayam.


Alhamdulillah... memang puas hati dapat memasak. Suami tersenyum lebar... Berkali dia puji... Tapi tu la.. bila kita sakit ni kan... terhad kadang nak selalu masak sedap kat suami... Moga terus diberi kesihatan untuk terus berbakti... Apa pun syukur seadanya... kerana MF yakin, kalau kita rasa kita susah, ramai lagi yang lebih susah dari kita kan...

Berlangganan update artikel terbaru via email:

3 Responses to "Sup Kaki Ayam dan Sambal Kicap Johor!"

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel