GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Punca Anak Bermasalah!

Ibu bapa hari ini...

Belikan permainan untuk anak,
Tapi tak main bersama anak;
Belikan buku untuk anak,
Tapi tak baca bersama mereka;
Belikan pakaian yang cantik,
Tapi tak pakaikan ikut syariat;
Sanggup kerja 10jam sehari,
Tapi penat melayan anak walaupun 10 minit;

Kemudian, kita persoalkan kenapa anak kita tak membesar dengan baik... Kita persoalkan kenapa anak kita tak menjadi manusia...

================

Dusshhhh...

Memang sentap kata-kata ni...
Renungan buat ibu bapa hari ni...

Kita selalu persoalkan dan selalu salahkan orang lain bila anak kita bermasalah... Tapi, sebenarnya punca tu datang dari kita sebagai ibu bapa...

Jangan tunding jari kepada cikgu, jangan salahkan kawan-kawan anak kita jika jadi masalah melainkan jika dah beri yang terbaik... Kita dah didik yang terbaik... Tapi anak kita tak menjadi, mungkin itu adalah ujian... Tapi kena seperti kata-kata di atas tu, refleksi diri... Perbaiki diri... Dan muhasabah diri... 

Tak salah ibu bapa minta maaf dari anak kerana kita manusia yang tak perfect kan...

Renungan bersama...
Ilmu baru untuk ibu bapa...

Usahlah timbulkan isu viral kat facebook tu, takde faedah pun... Kecuali nak popular cepat... Ada masalah, secara bijak cari jalan penyelesaian yang terbaik... Bila dah selesai kita kongsi cara kita selesaikan masalah itu, kerana itu satu ilmu bagi ibu bapa lain yang tak tahu...


1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ