GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Peta Hidup 2016!

Hari ni sana sini orang ucapkan tahun baru Masihi... Alhamdulillah... Masih diberi ruang dan peluang untuk melihat dan menikmati hidup menumpang di bumi Allah ini...

Alhamdulillah juga... Kerana masih diberi nikmat Islam dan iman sehingga ke detik ini...

Sempena dah menginjak ke tahun 2016 ni, jangan terlalu suka dengan tahun baru... Tapi jadikan tahun baru untuk kita letakkan diri kita semakin hampir dengan alam yang seterusnya iaitu alam barzakh...

Renungkanlah peta hidup...
Setiap detik ke hadapan maknanya kita semakin dekat juga dengan kematian...

Jadi, MF mohon kemaafan andai ada yang terasa dengan entry atau apa sahaja post MF sepanjang tahun 2015...

Moga tahun 2016, menjadikan kita sebagai hamba Allah yang lebih baik... Bertambah iman dan ihsan dalam diri dan hati...

Di tahun baru juga MF dapat berita rakan sekerja MF ditempat baru ni disahkan ada ketumbuhan dalam otak... Walau apa pun... Moga Allah permudahkan segala urusan kita... Moga di tabah dan kuat... Allah tahu dia kuat kerana itu dia diuji...

Itu rezeki dia, kita ni tak tahu lagi macam mana kan... Moga kita berusaha untuk jadikan diri kita lebih baik... Berusaha untuk tingkatkan amal dan buat bekalan untuk akhirat nanti...

Insha Allah...


4Ulasan

  1. salam kak, semoga dipermudah segala urusan yang direncanakan.

    usia makin bertambah tapi semakin singkat

    BalasPadam
  2. Inshallah :D
    Thanks kak mf :)
    HAPPY NEW YEAR!!! :D HEHEHE

    BalasPadam
  3. InsyAllah...semoga kita akan terus memperbaiki dan mendekatkan diri kepadaNya....terima kasih atas perkongsian ini sis...Selamat tahun baru 2016..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ