GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Perkara Perlu Dielakkan Di Facebook / Twitter!!!

Zaman segala benda nak kongsi ni... Tapi ingat ada perkara kita tak boleh kongsi...

1. Tarikh lahir.
MF dah ubah tarikh lahir secara penuh tarikh je keluar tapi umur rahsia...maknanya tahun disembunyikan.

2. Dedahkan Nama Ibu
Kebanyakan kod rahsia dan soalan sekuriti akan guna nama ibu, jadi bahaya jika biarkan orang tahu nama penuh ibu kita.

3. Mendedahkan alamat rumah.
Tak perlu kongsi lokasi rumah sendiri di Facebook.. Kita tak tahu siapa dia perompak, penyamun dalam Facebook tu.

4. Mendedahkan ketiadaan di rumah.
Tak perlu kongsi masa kita tiada di rumah... Bahaya sangat... Beri peluang kepada perompak tuh... Sebab perompak pun pandai teknologi ye..

5. Memuatnaik Gambar Sulit
Tak perlu upload gambar peribadi yang sulit seperti, nombor kad pengenalan, lesen memandu, surat beranak dan dokumen penting di facebook.

6. Pengakuan rasa yang terlampau.
Contoh rasa takut, suka, sedih yang terlampau... Nanti ada yang akan ambil kesempatan. Hati-hati.

7. Mendedahkan telefon.
Mendedahkan telefon yang kita guna... Opss... Pernah buat ke ek... Bahaya juga nih...no telefon memang terdedah la sebab bagi orang bisnes perlu la bagitau kan...

8. Countdown Percutian
Tak perlu bagitau bila nak pergi bercuti, tarikh dan tempat yang detail... Tak perlu dan tak perlu bagitau orang di mana kita SEDANG bercuti. Bila dah balik bercuti tak pe la kalau nak kongsi pun... Semasa bercuti jangan buat demikian.

9. Mendedahkan kedudukan terkini...
Jangan terlalu ghairah nak tag location terkini... Tak perlu dan tak perlu... Kalau nak buat status, cukup secara umum sahaja...

10. Memuatnaik Gambar Dalam Rumah.
Tak perlu upload gambar dan kedudukan dalam rumah.. Sebab nanti nampak perabot, barang-barang dalam rumah, kedudukan dalam rumah dan sebagainya.

Peringatan untuk diri sendiri dan bersama... Sekarang ni tengah musim rompak, samun dan sebagainya... Jenayah tak terduga... Ni langkah pencegahan kita boleh buat... Dalam Facebook kita tu tak semua berhati mulia... Bahaya ada di mana-mana...

Sentiasalah berdoa agar sentiasa dilindungi... Tapi doa tanpa usaha untuk keselamatan diri dan keluarga tak guna juga... Jadi, selain doa dan usaha tawakal moga Allah lindungi kita...


5Ulasan

  1. no 1 ngan no 2 tu selalu juga nampak, tapi rasa macam paling bahaya no 3 sampai no 10 tu. orang boleh manipulasikan perkara tu nak kenakan kita :(

    BalasPadam
  2. Mesti berhati hati ketika berkongsi info...

    BalasPadam
  3. sekarang mmg perlu sangat berhati hati ..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ