GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Suami Ugut Gantung Tak Bertali!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah, baru-baru ni, MF dapat satu persoalan dari sahabat maya MF. Hal suami isteri... Nak tahu status hukum berkaitan hal suami seorang wanita yang mengugut isterinya.

Dia nak "Gantung Tak Bertali" isterinya atas sebab-sebab marahkan isteri atau ugutan... Biasalah bergaduh suami isteri kan..

Tapi si suami cuma ugut, tapi tak buat pun.. masih balik ke rumah seperti biasa. Disebabkan nak tahu la apa statusnya. 

Sebelum nak tahu hukum, kena tahu apa maksud gantung tak bertali tu kan..

Gantung tak bertali tu istilah orang kita... Maksudnya, suami berniat nak tinggalkan isteri tanpa cerai dan tanpa nafkah. Apa hukum gantung tak bertali ni???

Hukumnya haram dan berdosa... Suami tadi berdosa kerana meninggalkan isteri dan berdosa kerana tidak memberi nafkah zahir dan batin. 

Ini ada hukum berkaitan dalam buku Halal Haram dalam Islam dari Dr Yusuf al-Qardhawi. MF kongsikan dalam bentuk gambar je ye... Tak dan nak menaip,,,

Suami Ugut Gantung Tak Bertali!
Suami Ugut Gantung Tak Bertali!
Suami Ugut Gantung Tak Bertali!
Suami Ugut Gantung Tak Bertali!

Jadi untuk persoalan tu, perlu dirujuk pada Pejabat Agama... Apakah status ugutan tu ada niat nak cerai atau sekadar ugutan untuk takutkan isteri. Jika ada niat nak cerai, maka jatuh talak... Tapi jika sebaliknya, tak jatuh talak... 

Bab macam ni, si suami kena fikir betul-betul sebelum berkata-kata... Hal macam ni tak boleh main-main.. Dalam gurauan pun boleh jatuh talak... Tak kira la walau berlakon sekali pun.. Sebagaimana hadis Nabi s.a.w: 

Rasulullah s.a.w bersabda

ثَلَاثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلَاقُ وَالرَّجْعَةُ

“Tiga perkara yang sungguh-sungguh jadi sungguh-sungguh dan main-main dikira sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.” (Riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Jadi, berhati-hati serta berfikir sebelum berkata-kata.

Bab Cerai Taklik boleh baca : http://abuzaynabb.blogspot.my/2013/02/rumusan-cerai-takliq.html

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ