Original Resepi Kek Tiramisu!

5
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tiramisu, kek ni jadi viral satu ketika dulu di laman sosial sehingga kan ramai yang kongsikan resepi-resepi mudah untuk hasilkan kek ini... Namun, resepi asal kek ini adalah dari Itali. 

Nama Tiramisu ini bermaksud ‘ambillah saya’ (‘pick me up’) dalam bahasa Itali. Manisan berperisa kopi ini diperbuat daripada ‘ladyfingers’/span bentuk jejari (Savoiardi dalam Bahasa Itali) yang dicelup dalam kopi hitam pekat dan disalut dengan campuran telur, gula dan keju mascarpone yang dipukul. Kemudian, serbuk koko diayak di atas permukaannya untuk menyiapkan manisan ini. Gaya traditional menggunakan putih telur yang dipukul untuk menghasilkan campuran keju yang ringan tetapi kini whipped cream kerap digunakan untuk menggantikan putih telur mentah, untuk menggelakkan salmonella. 
Sumber: QL Kitchen

MF nak kongsikan resepi asal kek tiramisu yang betul-betul original yang dikongsikan oleh Chef QL Kitchen. Tak susah mana pun nak buat... 

INGREDIENTS / BAHAN-BAHAN
4 biji kuning telur QL Deli Fresh atau QL Omega
100 g gula kastor
400 g keju mascarpone (pada tahap suhu bilik)
250 ml krim ‘heavy whipping’ or krim ‘double’
20 – 24 ketul ‘ladyfingers’/span bentuk jejari Itali(Savoiardi)
1 – 1 ½ cawan kopi hitam pekat, dicampur dengan 2 sudu besar gula kastor dan dibiar sejuk Serbuk koko untuk diayak

INSTRUCTIONS / CARA-CARA
  1. Campurkan kuning telur dan gula dalam mangkuk tahan panas atau double boiler, di atas kuali dengan air mendidih.

  2. Dengan menggunakan pemukul dawai, kacaukan telur dan gula atas kehangatan sederhana selama 8-10 minit sehingga campuran memekat dan licin.

  3. Alihkan dari air mendidih dan pukulkan campuran tersebut sehingga teksturnya lebih pekat.

  4. Masukkan keju mascarpone di dalam mangkuk yang besar. Tuangkan masuk campuran kuning telur, dan kacau dengan sudu spatula plastic sehingga licin dan sebati.

  5. Di dalam mangkuk besi yang berlainan, pukulkan krim heavy/double dengan pemukul elektrik sehinga tegar. Elakkan dari memukul krim secara berlebihan kerana ia mungkin berubah serupa mentega. (Untuk keputusan yang paling baik, pastikan krim, mangkuk dan pemukul sejuk semasa proses memukul. Masukkannya ke dalam peti beku selama 10 – 20 minit sebelum memukul).

  6. Gaulkan masuk krim yang dipukul ke dalam campuran mascarpone sehingga sebati. Krim ini akan memberi tekstur yang ringan kepada campuran mascarpone.

  7. Untuk menyediakan Tiramisu, isikan gelas dengan campuran krim mascarpone sehingga ⅓ penuh. Patahkan span berbentuk jari dan celupkan ke dalam kopi untuk beberapa saat. Jangan rendamkannya kerana span akan menjadi telalu basah berkembang.

  8. Susunkan span yang telah dicelup ke atas campuran krim mascarpone. Ulangi dengan selapis lagi krim dan span, kemudian diakhiri dengan selapis krim yang nipis di atasnya. Jika anda lebih suka menyediakannya di atas dulang, susunkan span yang dicelup pada dasar dulang, tuangkan setengah campuran krim mascarpone ke atasnya. Ulangi dengan selapis span dan krim di atasnya.

  9. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.

  10. Ayakkan serbuk koko ke atas permukaannya sebelum disaji. Ia sesuai dinikmati bersama kopi.
Untuk lihat resepi bergambar, boleh rujuk di QL Kitchen

Ini original resepi tiramisu.. yang banyak di kongsikan di laman sosial dan blog tu kebanyakan versi Malaysia yang diubah ikut citarasa sendiri... Tiramisu ni kira dessert pencuci mulut yang sedap dimakan waktu minum petang. Dan setakat ni, Tiramisu yang sedap dan original resepi ada dijual di KFC... Memang sedap... nyum..nyum... 

Catat Ulasan

5 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. nampak mudah, tapi semua bahan tu memang tak ade kat dapur. gula dan kopi saje adae

    BalasPadam
  2. sdpnya...bla lh agk nk cba buat sndiri

    BalasPadam
  3. tolong buatkan untuk akak juga? nak rasa air tangan maria...

    BalasPadam
  4. sedapnyer sis... mesti cow sgt ni tiramusunya.... thanks for sharing.... nak kena try buat ni....

    BalasPadam
  5. Salam singgah sini sis...wahh...sedapnya kek tiramisu tu sis....dah lama diana nak try buat tapi belum ada kesempatan lagi...terima kasih sis kongsi resepi kek tiramisu ni..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan