Layan Polis Evo Online!

2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam, sesi siapkan kerja sekolah yang melambak... cikgu kan... biasa la bawa balik kerja ke rumah... Takde masa nak siapkan kat sekolah sepenuhnya... Untung jadi cikgu kan..

Jadi, lepas anak-anak tidur, mula la layan movie dengan en.somi... Apa lagi, bancuh air buka wayang la... Memula layan movie omputih yang di download dari Movie HD... Dah habis semua tengok... Layan Youtube pula..


Sekali cakap suami, cuba cari citer Polis Evo... Nak tengok la depa kata best sangat... Meh kita tengok apa yang best...

So, kami pun google la... apa susah kan..
memang banyak la link yang diberi..

Tapi Kami tonton >>>DI SINI<<< ada link untuk download, tapi kami malas nak download, kami tengok online je... Takde buffering langsung... kualiti gambar pun cantik...

Bila dah tengok, mula la mengomen sikit kan..

Ok, ini pendapat kami la kan..

Filem ni menarik, filem aksi yang mendebarkan... Antara filem Melayu yang boleh dikatakan kami boleh layan sebab, ada aksi stunt dan real bukan guna teknik atau kesan khas. Lepas tu, tiada adegan cintan cintun... Yang ada, kisah kekeluargaan dan kisah adik beradik... Bagus!!! Filem aksi macam ni bagus, tak best la kan, dalam filem aksi ada babak cinta romen jatuh cinta bagai kan..

Suka juga filem ni, sebab ada unsur moral dan unsur lawak bersahaja.. walaupun hakikatnya kadang geram je dengan Zizan tu.. haha...

Memang mendebarkan juga aksi stunt lakonan Shahiezy Sam dan Zizan tu... Cuma jika MF nak bandingkan filem aksi stunt luar negara tak padan pula... MF memang penggemar filem stunt omputih... Jadi, kalau nak banding jauh beza... Sebab ada satu yang tak logik sikit dalam babak yang Insp. Sani dan Insp. Khai dapat lepas dari penjahat tu... Kalau fikir logik, mestilah penjahat tuh akan lari dari tempat tuh kan... jadi, logiklah apa yang ditulis pada cermin tuh ka.. opss.... tapi dah jalan ceritanya macam tu kan... Namun, dalam banyak aksi stunt, filem ni dikira berjaya la. Tahniah!

Untuk filem Polis Evo MF boleh bagi 7.5/10 bintang...

Jadi, bagi yang tak sempat nak layan pawagam, boleh tonton online atau download >>>DI SINI<<<

Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. kak MF, yana [un dah tengok dua kali dalam minggu ni, hehehe, memang layan jugak, yana tak suka sanagt cerita tembak tembak ni tapi yana ni mmg boleh pergi,
    sama mcam akak fikir, jugak time depa lagi tu mmg penjahat tu akan lari la, tak logik betu;! hahaha, btw mmg best,yng penting org ganu boh! hehe

    BalasPadam
  2. best kan sebab genre citer nih more to kekeluargaan and stunt..kalau nak dibanding dengan citer orang putih mmg x padan tapi untuk filem melayu improvement tuh ade..betul tak.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !