GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Blogger Perlu Bijak Sebelum Meninggalkan Komen!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lama tak membebel pasal dunia blog... Kali ni MF nak bebel pasal komen dan gaya tinggalkan komen...

Luahan perasaan sendiri...

Rasa geram juga bila ada yang komen dengan baca tajuk je... Padahal dalam entry kita dah terangkan detail, kenapa mengapa bagaimana bila... Tapi tetap dia pertikaikan... Itu kena entry bab pendapat kita atau pengalaman la... Kita dah cerita... Tapi dia komen juga sebaliknya...  Siap bersoal jawab lagi... Sabar je la kan... Walaupun geram.

Sumber: Google images

Ada tu komen banyak-banyak tapi dok promote link segmen dan Giveaway yang sama... Hampir semua entry kita dia promote...  Dia komen sikit je... Entry promosi tu yang berjela...

Ada juga yang tinggalkan komen berunsur judi dan iklan... Yang ni memang MF tak akan approve...

Ada juga yang tinggalkan komen yang memang takde kena mengena langsung dengan tajuk... Kalau setakat tinggalkan komen "singgah sini", "blogwalking sini" MF tak kisah lagi... Tapi ni komen entry tapi takde kena mengena dengan isi pun...

Tu antara komen yang pernah MF terima... Memang sabar je la baca komen orang nih... MF pun berhati-hati juga nak tinggalkan komen... Fikir dulu, kalau rasa takde idea nak komen, MF baca je... Kalau ada shoutbox MF tinggalkan kat situ... Sebab takut tuan blog terasa dengan komen kita walaupun hakikatnya kita tak berniat begitu...

Entry yang terlalu berkisar hal peribadi pun MF tak tinggalkan komen... Dan jarang baca... Kecuali entry yang ada point berkongsi ilmu atau info tertentu... Tapi kalau entry citer pasal hal suami, jenjalan kisah pak mak mentua... Memang MF tak baca sangat la...

Entry bisnes pun tengok bisnes juga la nak tinggalkan komen... Kalau tak memang baca dan berlalu begitu je...

Jadi, jangan tertanya atau hairan kenapa entry kita takde orang komen... Sebab tak semua entry perlu dikomen...

Jadi, nak komen juga perlukan ilmu... Komen ni ibarat komunikasi dua hala tapi tidak secara langsung...  Perlu fikir juga sebelum meninggalkan komen...supaya komen kita adalah komen yang berhikmah serta berinspirasi untuk tuan blog.

10Ulasan

  1. MF, apa maksud ayat ni:


    Ada tu komen banyak-banyak tapi dok promote link segmen dan Giveaway yang sama... Hampir semua entry kita dia promote... Dia komen sikit je.

    BalasPadam
  2. Betul...komunikasi 2 hala di alam maya...biar komen simple tapi tiada hati yang terasa..dan kalau komen panjang pun jaga bahasa..

    BalasPadam
  3. paling tak suka komen yang tinggalkan link biru. Sebab tu boleh tambahkan jumlah link rosak dalam belog kita.

    BalasPadam
  4. Setuju! Ada tu 1st time agaknya singgah, bukan follower pun tapi tiba2 komen mcm nak kondem. huhu sabar jela..

    BalasPadam
  5. perkara yang biasa kita akan jumpa kat blog.. komen berdasarkan tajuk entri.. komen sekadar untuk beriklan.. komen takde kena mengena dengan cerita & komen mempertikai atau bertanya sesuatu yang kita dah jelaskan dalam entri.. kadang2 geram kadang2 nak gelak.. kadang2 dah takde rasa... sebab tu saya filter semua komen.

    BalasPadam
  6. hi MF ☺
    I'm newbie and please support me.
    please visit my blog. have a nice day ♥
    smartiesmoo.blogspot.kr

    BalasPadam
  7. Setuju dengan pendapat sis ni...nak tinggalkan komen tu biarlah kena pada isi entrinya....

    BalasPadam
  8. betul, kak.. komen mesti kena gaya jugak kan.. huhu

    BalasPadam
  9. alamak. takut la plak nak tinggal komen :) ha ha ha...
    da le aida ni rajin mengkomen.
    aida biasa nyer akan komen kalau aida faham entry tu.
    and pasti nyer relevan la... and kalau ada experience yg sama, aida share skit.... ok ke? :)

    BalasPadam
  10. suka blog ni..sbb dapat tau banyak benda..:)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ