بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Hari ni merupakan sambutan Hari Sukan Negara... Semua Jabatan Kerajaan dan Swasta diminta buat sambutan diperingat jabatan masing-masing. Sekolah tempat MF mengajar tak terkecuali...
Seawal pag, pelajar berkumpul untuk rai sambutan peringkat sekolah. Acara yang ringkas dimulai dengan senamrobik dan diikuti dengan Jalan Ria sekitar kawasan berdekatan sekolah... Dan setelah selesai... Diakhiri dengan cabutan bertuah... Haha... Tapi MF tak bertuah pun...
Acara simple tapi meriah...
Serentak satu negara meraikan Hari Sukan Negara...
Info pasal Hari Sukan Negara boleh layari
Banyak aktiviti seluruh negara dirancang untuk meraikan hari Sukan Negara.
Download Info Tentang Hari Sukan Negara Di Sini
Tujuan utama Program ni untuk ajak rakyat Malaysia amalkan gaya hidup sihat.. Jadi kena keluarkan peluh setiap hari.. Tapi biasalah rakyat Malaysia dah terbiasa kan... Senam senam juga lepas senam bantai nasi lemak tiga bungkuih dengan teh tarik, lepas tu lepak tengok tv... Tak pun lepas makan telan supplement... Yang amalkan gaya hidup sihat tu segelintir je la... Hmmm..
Macam mana kita nak jadi macam orang Jepun kan... Makan makanan sihat dan suka berjalan dan berbasikal... Tapi orang kita biasalah... Nak berjalan pun malas..seperti yang MF pernah katakan di entry ini.
Moga Program ni berjaya mencapai objektif dan matlamat nya... Sesekali rest jenjalan santai ramai-ramai seronok gak kan... Release Tension.
Selamat hari sukan sis...
BalasPadamaida & famili x join kali ni.
BalasPadampatut nyer nurin ke skola.
but, ada agenda yg lebih penting ke KL.
so, x gi skola la nurin :)