GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kerja Overtime: ISI DATA PAJSK ONLINE!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sedapnya orang tidur kan... Daku terpaksa la korbankan tidur di malam minggu demi nak siapkan tugasan dan amanah... Nak tak nak kena juga berjaga buat kerja overtime nih...

Nak buat waktu siang???.. Hmmm... Nak pegang mouse pun berperang dengan si anak-anak solehah dua orang tuh.. Kena tunggu diorang tidur baru boleh buat kerja.

Kalau orang yang tak faham kan.. Mesti kata daku nih saja beralasan...sebab blog ber'update' je... Siang pun update... Tu sebab buat autopublish. Kalau lah data ni boleh buat autopublish.. Boleh buat secara online lama daku buat.. Tapi tak boleh.. Kena juga buat dengan teliti supaya tak silap.  

Abaikan kata orang yang tak memahami tu kan... Kita buat je kerja kita kan...

Dua kerja yang berkaitan data nak kena siapkan..  Satu HRMIS dan satu lagi data PAJSK..  Iaitu data berkaitan aktiviti kokurikulum murid... Data ni diambil dari guru PJK dan guru kelas kena isi secara online. Bab nak isi online takde masalah sangat asalkan internet memberikan kerjasam serta sistem yang bagus... Laju je kerja kan.. Tapi kalau dua-dua tu buat perangai... Naik tension gak la...

Sebab sistem HRMIS tengah down... Server error... Jadi,kita siapkan sistem yang okey...

Tu yang buat data PAJSK dulu... Walaupun ikutkan dateline HRMIS yang dulu.


Untuk isi data PAJSK, cikgu-cikgu boleh klik URL ini:
https://pajsk.moe.gov.my

Kemudian klik GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM. Id kod sekolah, ialah Kod sekolah masing-masing la ye... Password boleh dapatkan dari Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah masing-masing.

Satu sekolah, satu Id dan password... Jadi,jika ada yang ubah kena la bagitau rakan sekerja yang lain id dan password sekolah anda ya...

Sistem sekarang ni agak laju la... Siang pun laju juga .. Tengok pada line internet juga la kan... Harap dapat siapkan data ni secepat mungkin... Esok nak isi data lain pula... 

1Ulasan

  1. hu hu byk keje cikgu zaman IT ni ekk.
    adik aida pun cikgu.
    dok merungut la pasal isi data mcm2.
    hi hi hi...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ