بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Homeschooling.. Satu istilah yang mungkin baru bagi ibu baru... MF mula tahu bab istilah ni pun masa dah jadi cikgu... Sebab ada kes pelajar tak bersekolah kerana maknye nak buat homeschooling sepenuhnya di rumah. Ini bertentangan dengan undang-undang negara kita.
Di luar negara, tiada masalah bab homeschooling. Memang kebanyakan ibu di luar negara buat homeschooling untuk anak-anak.
Apa itu homeschooling???
Homeschooling iaitu pembelajaran anak-anak di rumah. Ibu bapa membuat sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap anak-anak di rumah.
Namun ada beberapa perkara yang ibu bapa perlu tahu mengenai homeschooling... Antaranya:
Tiada had umur untuk lakukan homeschooling.. Boleh mulakan seawal anak dalam kandungan hingga dewasa. Tapi biasanya, ibu bapa di Malaysia kurang beri penekanan dan homeschooling pada anak-anak apabila meningkat remaja. Sedangkan waktu remaja perlu diberi lebih perhatian kerana waktu remaja anak-anak banyak terdedah dengan pengaruh luar.
Homeschooling dilakukan secara tidak formal lebih menarik minat anak... Ajar nak secara santai bukan ambil buku sebut, suruh anak ikut.. Tapi secara tak formal... Sambil mandi nyanyi ABC, nak tidur baca doa, adab ketika makan... Segalanya dilakukan secara sambil-sambil.
Jangan paksa anak untuk ikuti sesuatu pembelajaran...
Ajar anak ikut minat, gaya dan juga kemahiran dan bakat anak-anak.
Jangan paksa anak ikut sesi pembelajaran yang kita mahu, tapi kita yang perlu ikut rentak dan gaya pembelajaran anak.
Masa untuk sesuatu homeschooling biasanya tak lebih dari 20 minit. Kerana anak-anak mudah bosan dengan sesi pembelajaran yang lama dan sama.
Banyakkan teknik belajar sambil main agar pembelajaran mudah diterima.
Konsisten dengan teknik pengulangan.. Biar sekejap tapi selalu diulang. Kerana itu lebih mudah diingat.
Gunakan bahan guna semula dalam buat homeschooling. Kotak terbuang, kertas surat khabar atau bekas tisu boleh digunakan untuk homeschooling. Ini bukan sahaja untuk jimat tapi untuk jana minda anak supaya lebih kreatif dan kritis.
Masuk ke dalam dunia anak-anak untuk menjadikan penyampaian ketika pembelajaran lebih berkesan. Bila menyanyi, nyanyilah dengan penuh kesungguhan dan macam anak-anak... Anak akan seronok, ibu pun akan release tension sekali.
Jangan stress jika anak tak nak mengikut dengan apa yang kita ajar. Tapi ubah teknik untuk tarik minat dia. ..
Ibu dan bapa perlu sama-sama untuk membentuk pembelajaran di rumah... Jika bekerjaya, sama-sama cari masa untuk homeschooling dalam masa 10-15 minit sehari.
Jangan bandingkan anak-anak dengan anak orang lain. Atau adik beradik lain. Setiap anak tak sama walaupun lahir dari rahim yang sama. Dan tak semua teknik homeschooling boleh digunakan dan sesuai untuk semua anak-anak. Setiap anak Allah ciptakan dengan kelebihan dan bakat masing-masing.
Disebalik usaha, sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah... Betulkan niat, tetapkan matlamat.. Dan tawakal moga Allah permudahkan urusan kita mendidik anak-anak kita menuju syurga Allah.
Homeschooling tidak semudah teori yang kita belajar, tapi praktikalnya, homeschooling ini penuh cabaran dan keseronokan.
Teruskan buat homeschooling buat anak-anak selagi hayat kita ada seperti usrah keluarga dan tazkirah ringkas. Sebagaimana Nabi s.a.w tetap menasihati dan menyampaikan pesanan kepada Saidatina Fatimah walaupun puteri Baginda dah menjadi isteri.
Homeschooling yang perlu kita fahami ialah, pembelajaran berterusan di rumah. Tiada had umur dan masa untuk lakukan homeschooling.
Ibu-ibu dan bapa-bapa yang ingin jadi idea untuk buat Homeschooling untuk anak-anak boleh sertai Group Homeschooling Genius Syurga di Facebook. Banyak idea menarik untuk jadikan pembelajaran di rumah menjadi menarik dan berkesan.
Moga Allah permudahkan urusan kita mendidik amanah Allah menjadi hamba Nya yang beriman dan beramal soleh.
Sumber gambar: Google images
Sumber gambar: Google images
memang bgus..sbb kalau diluar anak2 didedahkan dgn pelbagai persekitaran
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadamdah mulakan dengan anak..
mulakann dgn flash card huruf hijaiyah, abc, 123,
sesambil baca doa,
makin nampak apa yg diajar anak terima dan mula ikut. walaupon melaluu perbuatan.
contohnya ; doa makan. bila saya siap hidangkan mknn ank dlm tray, rania dah mula tadah tangan nak baca doa..
smoga saya diberi istiqamah utk buat homescooling ni dgn anak anak nannti..
BARU JOIN GROUP HOMESCHOOLING..SAJA NAK TAMBAH ILMU
BalasPadamSalam, yup2..skang ramai ibu2 yg dah mula alert dgn homeschooling ni kan...bagus2, sy seronok tgk ibu2 buat mainan dgn anak2 dia, sye ni pun jd xsabar nak ade anak sendiri jadinya..hahaha
BalasPadam