Kenapa Kes Culik, Rogol dan Bunuh Kanak-kanak Semakin Menjadi-jadi???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam, terkejut dengan satu berita melibatkan kes kanak-kanak. Dua orang adik beradik perempuan yang diculik dan dibunuh serta dicampak di semak oleh penculik di Felcra Sijangjkang.

Kanak-kanak

Berita sebegini meregut hati seorang ibu... Hati mana-mana manusia yang punyai hati dan perasaan... Ya Allah, sangat menyayat hati...

Kes culik semakin menjadi-jadi sekarang. Culik, rogol dan bunuh antara kes kekejaman manusia yang semakin berleluasa di Malaysia.

Kenapa kes ni semakin meningkat? Salah siapa? Nak salah ibu bapa sebab cuai? Atau salah penculik? Atau salahkan kerajaan sebab tak kuat kuasakan undang-undang???

Ringkasnya, pendapat MF yang serba dhaif ini... Semua ni berpunca dari kita yang degil!!! Tak nak ikut perintah Allah! Kita degil sebab tak nak ikut kata Allah dalam al-Quran. Jadi kita tanggung lah sama-sama angkara ni.

Kita degil... Allah suruh kita tutup aurat... Allah suruh kita didik anak tutup aurat... Allah suruh kita ajar anak kita ikut perintah Allah... Tapi kita tak buat.

Kita bangga anak perempuan kita cantik... Kita tayang, kita selfie, kita publish anak-anak dara kita... Belikan baju yang lawa... Baju gaun yang paling cantik... Kita publish... Kita tayang satu dunia ... Nahh... Tengoklah... Anak perempuanku cantikkan... Padahal kita tak tahu berapa banyak mata-mata bernafsu yang memandang anak kita.

Para suami pula, bangga menayangkan susuk tubuh isteri di khalayak ramai... Berapa ramai yang tak tutup aurat dengan sempurna... Baju sendat, seluar ketat, tudung singkat menampakkan semua lurah yang ada...

Mata lelaki oii... Mata lelaki... Dia memandang, otaknya menyimpan... Tapi nafsunya akan dilampiaskan kepada sesiapa sahaja yang dia fikir ada peluang dan akan jadi mangsanya.

Bila berlaku kes begini... Kita salah kan pak menteri... Kita salahkan orang itu, orang ini... Tapi kita tak tengok anak bini kita... Ahli keluarga kita... Terjagakah auratnya...

Ya Allah, MF risau betul kes begini... MF ada dua anak perempuan... Risau memikirkan masa depan mereka... Bagaimana nak hadapi dunia yang begini.... Jika dulu bebas aman .. Kini nak pergi mana pun rasa tak selamat.

Kalau kita sama-sama jaga hak Allah, Allah akan lindungi kita... Jika kita jaga keluarga kita, para pemimpin juga jaga hak Allah insha Allah.. Negara kita aman...

Jagalah anak-anak kita..  Para suami tegurlah aurat isteri mu... Letih mata tengok aurat manusia... Tak tahu nak cerita macam mana... Rasa nak berkurung dalam gua..

Di luar rumah perhatikan anak-anak... Kawal pergerakannya... Jangan biarkan bersendirian... Tapi tak belajar... Kita leka juga... Biasa dengar pengumuman di pasar raya kehilangan anak.


Jangan salahkan mata lelaki yang memandang, tapi salah kan kita yang tak ikut perintah Tuhan.

Memang mencabar didik anak zaman sekarang... Tak boleh marah ... Marah je merajuk... Tak boleh nak didik macam mak bapak kita didik kita dulu... Dalam lembut ada tegasnya. Yang penting generasi Y, apa yang kita buat dia kena tahu kenapa .  kita marah, kena bagitau kenapa marah.   Apa yang tak betul. Kalau tak dia akan memberontak.

MF tak reti nak komen panjang... Entry ni hanya pendapat peribadi MF mengenai isu ni... Kita kena cari punca kenapa kes ini makin menjadi... Apa peranan kita??? Persediaan kita untuk anak-anak kita nanti... Pencegahan yang perlu kita ambil. Kena fikir semua tu.

Maaf jika terkasar bahasa dalam entry ini... Sebab geram... Geram sebab saling menyalahkan..  Tapi tak reti nak ambil pengajaran dan berubah.... Dah terkena baru nak terngadah...

Moga Allah lindungi anak-anak kita...
Ya Allah lindungi lah anak-anak kami...dari bala bahaya dan bencana... Lindungi mereka dan pelihara mereka dari anasir jahat dan mala petaka... Ampunilah dosa kami Ya Allah... 

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. ada juga kes yang mana, perempuan menutup aurat mengikut ajaran agama, tetapi disebabkan manusia ni dah berjiwa binatang, dilakukan juga benda tu. Asalkan nafsu mereka puas. Perlu ada akta yang lebih tegas berkaitan hal ni. Kan?

    BalasPadam
  2. Memang menakutkan apa yg jadi sekarang. Kita sebagai mak yg ada anak perempuan ni.. seramnya..

    BalasPadam
  3. pada aida, segalanya bermula dari rumah.
    bila berlaku apa-apa, tak payah tuding jari kpd org lain.
    diri sendiri :(
    aida pun 2 anak dara.
    Allah je tahu betapa la risau ati ni mengenangkan mereka makin dewasa...

    BalasPadam
  4. seram dengar berita mcm ni... dah jadi teruk..aduhaii... deep ayat MF.. moga kita semua alert lepas ni...

    BalasPadam
  5. Moga Allah lindungi kita semua. Aaminn...

    BalasPadam
  6. kejam nyer..dah culik...rogol..pastu dibunuhnya budak tu...Ingatkan dah habis,...tapi makin menjadi2..semalam tak sempat nak baca blog MF...

    BalasPadam
  7. Xde kena mengena pun dgn kes culik,i fail to see the connection between tutup aurat dgn penculikan. Org culik ade byk sbb,paling utama duit. Mungkin boleh djual pada sindiket dn sebagainya. Benda ni diluar kawalan kite,yg wajib jalankan tnggjwb adalah pihak bkuasa.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^