Chocopin Pengganti Milo!

Maria Firdz
2

Semalam en.somi ke kedai OTK Jalan Gombak... Sekali dia beli Minuman Coklat Malt Upin Ipin...  Namanya Chocopin...

Produk baru ni dari syarikat pengeluar kartun Upin Ipin ni..

Semestinya produk tempatan dan buatan Malaysia...  bahkan halal lagi...

Teruja nak mencuba, sebab first time beli...

Chocopin ni dalam bentuk paket kecil...  Ada 15 paket di dalam bungkusan besar ni...

Terus bancuh satu... Buat air minuman coklat panas... Fuhh... Sedapppp... Rasa coklat...tak rasa susu pun... Sedap...

Satu paket kecil tu banyak dan sekali bancuh penuh satu gelas... Tapi kalau nak pekat bancuh la satu mug saiz biasa tu...

Sedap minum panas atau sejuk...

Boleh jadi pengganti milo dah ni... Sedap diminum... Sesuai juga untuk kanak-kanak... Bagi anak-anak yang suka milo boleh ganti dengan Minuman Coklat Malt Chocopin ni...

MF memang dah lama boikot milo dan segala produk nestle... Sebelum ni minum Susu coklat dutch lady... Sekarang ni boleh tambah lagi satu minuman keluarga.. Iaitu chocopin ni...

Lagipun, ianya dalam bentuk paket... Mudah nak bawa travel atau bawa ke pejabat ke kan...

MF tak pasti kat pasaraya lain ada ke takde... Sebab baru jumpa kat OTK dan tak pernah jumpa kat pasaraya lain... Harganya sebungkus ni... RM13.90 termasuk GST.

Nak boikot tu boleh je... Sebab banyak juga dah produk buatan Malaysia setanding buatan luar negara... Cuma nak berubah tu perlukan kekuatan dalaman kan...



Nota:
Boikot adalah sebahagian usaha kecil kita buat saudara seIslam kita di sana... Mungkin tak nampak di dunia...tapi Allah akan menilainya di akhirat sana...


Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. tk pernah pulak akak dengar psal produk ni maria,insya allah..nak juga mencuba..kalau tak kita agungkan produk kita sendiri,siapa lagi kan..

    BalasPadam
  2. comelnya tengok bungkusan minuman upin dan ipin...hihi

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !