GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Yang Lulus Ujian Tuhan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mendengar Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bercerita bahawa dulu dikalangan Bani Israil ada tiga orang: belang (sopak), botak, dan buta. Allah Subhanahu wa Ta'ala hendak menguji mereka, maka Allah mengutus seorang malaikat untuk datang kepada orang yang belang (sopak), lalu bertanya kepadanya: "Apakah yang anda inginkan?"

"Warna yang bagus dan kulit yang baik," jawab orang itu. "Sebab, kini saya telah dijauhi orang."
Maka diusaplah badan orang itu oleh malaikat itu, sehingga dengan izin Allah hilanglah penyakitnya dan kulitnya berubah menjadi sangat bagus dengan warna yang indah.
Lalu orang itu ditanya lagi, "Harta kekayaan apakah yang engkau inginkan?"
"Unta," jawabnya.
Maka diberinya onta betina yang sedang bunting sambil didoakan semoga Allah Subhaanahu wa Ta'ala memberkahinya.

Setelah itu, malaikat tersebut mendatangi orang yang botak dan bertanya, "Apakah gerangan yang anda inginkan?"
"Rambut yang bagus," jawabnya dengan mantap. "Dan hilangkan botakku ini, sebab orang selalu mengejek saya."
Lalu malaikat itu mengusap kepalanya dan dengan izin Allah botaknya langsung hilang dan rambutnya tumbuh kembali dengan cukup bagus. Orang itu kemudian ditanya, "Kini harta kekayaan apa yang anda inginkan?"
"Sapi," jawabnya.
Orang itu kemudian diberi lembu betina yang sedang bunting sambil didoakan semoga Allah Subhaanahu wa Ta'ala memberkati beliau.

Dan terakhir, malaikat datang pada orang yang buta dan bertanya, "Apakah yang anda inginkan?"
"Saya ingin sekiranya Allah mengembalikan penglihatan mataku, supaya saya dapat melihat segala sesuatu," jawabnya meminta. Maka diusaplah kedua matanya oleh malaikat itu, dan dengan izin Allah seketika itu pula ia dapat melihat kembali.
"Sekarang harta kekayaan apa yang engkau inginkan?"
"Kambing," jawabnya.
Ia kemudian diberi kambing betina yang sedang bunting.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan bulan berganti bulan, serta tahun pun berganti tahun. Seiring itu pula haiwan-haiwan ternakan ketiga orang itu bertambah banyak. Hingga akhirnya masing-masing telah mempunyai satu lembah unta, satu lembah sapi, dan satu lembah kambing.

Malaikat itu kemudian kembali datang pada orang yang dahulunya belang (sopak). Kedatangannya kali ini sengaja menyamar seperti bentuk rupa orang itu ketika masih belang dulu. Setelah sampai di tempat orang itu, ia berkata, "Saya ini orang miskin yang tengah putus perjalanan dan kehilangan kenalan. Maka tiada yang dapat menyampaikan saya pada tujuan, kecuali pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala kemudian bantuanmu. Saya mohon padamu, demi Allah yang memberimu warna dan kulit yang bagus serta kekayaan, agar memberi saya satu onta untuk menyampaikan saya pada tujuanku perjalanan ini. "
Mendengar ucapan yang demikian, orang itu kemudian menjawab: "Hak-hak orang lain masih banyak."
"Saya seperti kenal dengan awak," sahut malaikat itu, "Tidakkah anda dulu belang, dibenci orang, lagi miskin, selepas itu anda diberi kekayaan oleh Allah?"
"Sungguh saya mewarisi harta kekayaan ini dari orang tuaku," jawabnya membantah.
"Jika anda berdusta, semoga Allah mengembalikan anda pada keadaan yang dulu," kata malaikat.

Setelah itu, malaikat tersebut datang pada orang yang dahulunya botak dengan menyamar menyerupai bentuknya ketika masih botak. Ketika tiba di tempat orang itu, malaikat berkata padanya sebagaimana yang dikatakan kepada orang pertama tadi. Ternyata jawapannya sama sahaja dengan orang sopak tadi, sehingga malaikat mendoakan pula, "Jika engkau berdusta, semoga Allah mengembalikan engkau kepada keadaanmu dahulu."

Terakhir, malaikat itu datang pada orang yang dahulunya buta. Ia berkata, "Seorang miskin yang dalam perjalanan telah putus hubungan. Maka saya takkan dapat sampai pada tujuanku kecuali dengan pertolongan Allah melalui perantaraan bantuanmu. Saya mohon demi Allah, Dia-lah yang telah mengembalikan penglihatanmu dan memberimu kekayaan, oleh kerana itu berilah saya seekor kambing untuk bekal yang dapat mengantar saya sampai pada tujuanku. "
"Benar," jawab orang itu, "Dahulu saya buta, kemudian Allah mengembalikan penglihatanku, dan miskin, lalu Allah memberiku harta kekayaan. Kerana itu, kini ambillah sesukamu. Demi Allah. Saya takkan keberatan dengan sesuatu yang engkau ambil kerana Allah."
Maka malaikat pun berkata: "Tahanlah hartamu. Kamu bertiga sebenarnya sedang diuji oleh Allah. Maka Allah pun ridha padamu dan murka pada dua orang teman itu." (HR Bukhari dan Muslim).

Oleh kerana itu, dapatlah difahami bahawa kekayaan dan kemiskinan, kesihatan dan lain sebagainya merupakan ujian dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Banyak orang yang berjaya melepasi ujian ketika ia sakit, miskin, dan sebagainya. Namun, amatlah sedikit orang yang berhasil melewati ujian dalam keadaan sihat, kaya, dan sejahtera, tinggi jabatan dan kedudukan. Kecuali hamba-hamba Allah yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.
Sumber: internet

3Ulasan

  1. info menarik.. yg penting apepun kena bersabar n sentiasa bersyukur ^_^

    *jemput singgah blog ya zianaeunos.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Tewas dengan ujian kesenangan..kesihatan..moga kita terhindar dari berkelakuan sebegitu..

    BalasPadam
  3. betul tu..sentiasa beringat...semua hanyalah sementara..

    salam singgah dari mamamuizlife.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ