GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Shell Perkenalkan Minyak Jenis Baru!

Shell Malaysia akan memperkenalkan minyak Euro 4M V-Power 97 di pasaran Malaysia pada September ini dan Euro5 Diesel menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Azman Ismail berkata, pihaknya bersedia memenuhi panduan ditetapkan kerajaan dengan memperkenalkan kedua-dua minyak terbabit.“Euro 4M hanya akan diperkenalkan bagi RON97 sebagai pilihan kepada pemandu di negara ini,” katanya pada sidang media bersempena pelancaran program ‘Welcome to Shell’ di sini, semalam.

Program komprehensif yang membabitkan latihan dan perkhidmatan hospitaliti selama tiga tahun itu dijangka memberi jaminan terbaik kepada pelanggan selain menawarkan pelbagai tawaran baru serta penambahbaikan di kedai Shell.

Beliau berkata, satu latihan komprehensif yang membabitkan lebih 8,000 kakitangan di stesen Shell sedang dijalankan secara berperingkat dan akan tamat menjelang 2016.“Kami akan memberikan wajah baru kepada kedai Shell Select mengikut reka bentuk baru serta menyediakan makanan dan minuman di bawah jenama deli2go, selain penambahbaikan kemudahan seperti kawasan rehat, surau dan tandas,” katanya. (Sumber: HARIAN METRO)

************************************************
MF dan suami antara pengguna minyak Shell... Dengan penjimatan Fuel Saver , memang jimat sangat minyak. Dulu guna RON 97, tapi sejak harga minyak makin naik, kami pakai Ron 95. Ni Shell perkenal minyak baru, macam nak juga cuba.

Minyak mahal sesuai untuk kereta CC besar dan yang selalu jalan jauh. Sebaiknya,  nak bagi enjin tahan lama, jangan selalu campur minyak. Kalau biasa pakai Shell,  guna je minyak dari jenama tu... sebab setiap jenis minyak punyai kepekatan yang berlainan.

Baguslah jika pihak Shell nak naik taraf semua stesen minyaknya. Sebab tak semua stesen minyak Shell sediakan surau. Kalau Petronas tu memang kebanyakan sediakan surau. Selesa.... cuma tahap kebersihan tandas masih tak memuaskan. Itu tanggungjawab bersama... tapi tahap mentaliti masyarakat kita sangat rendah bab kebersihan nih... tak tau la nak buat camne kan... hmm... tu yang sampai jadi viral bila artis basuh tandas...

Apa pun, pasti semua rakyat harap minyak turun harga lagi kan... sebab terasa sangat beban... suami pun kata, tak pernah lagi dia isi minyak motor honda wave hampir 10 ringgit... dan tak pernah lagi isi penuh minyak viva 660 cecah 70 ringgit,.. tahun 2015 ni la..segalanya berubah. Siapa yang rasa dia tahu la kan...kenapa nak harga minyak turun. Kannn,..


3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ