div id='header-inner'>

Resepi: Nasi Goreng Ikan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lama tak up resepi kat sini kan... 
Hujung minggu, resepi ringkas je ni... Kalau boleh nak gantung kuali, tapi tekak takde selera nak makan kat luar dah... Best lagi memasak walaupun ringkas kan... 

Jadi, terhasillah resepi Nasi Goreng Ikan untuk makan tengah hari merangkap makan malam sekali... Sekali memasak je sehari. 

Resepi ni, idea mak MF... MF suka masak nasi goreng ni buat sarapan pagi... Lebihan nasi dan ikan goreng, mak buat la nasi goreng ikan ni... Suami pertama kali makan, rasa sedap dan suka... Jadi, MF apa sahaja yang suami suka kena la masak kann... 

Resepi nasi goreng ni tak susah... 
Nasi, ikan goreng yang diracik isinya, bawang putih dan bawahg merah yang dikisar atau ditumbuk, cili padi, sos tiram, carrot, kailan, garam dan minyak.

Cara memasaknya:
Tumis bawang kisar dan cili padi... 
Dah garing, masukkan sos tiram satu sudu... 
Lepas tu masukkan carrot dan sedikit air untuk lembutkan carrot tu... 
Bila hampir lembut carrot tu masukkan pula kailan... 
Dah gaul sebati, masukkan nasi sekali dengan isi ikan goreng yang diracik... Tabur garam... Dan gaul bagi rata... 
Lepas tu.... SIAP! Bolehlah dihidang. 

Memang rasa lain berbanding kita letak daging atau ayam... Memang MF tak campur ayam atau daging sebab makanan laut kan ... Tak bagus dicampur dengan haiwan darat. 

Sedap...dan cepat... Cubalah jika sesekali nak tukar selera kan. 

Catat Komen

7 Ulasan

  1. baru nampak menu kat kedai makqn tadi..best ni nak cubalah nanti

    BalasPadam
  2. Feveret suami jua ni x kira nasi goreng apa pun hhehe

    BalasPadam
  3. Jarang dengan nasi goreng ikan. Boleh cuba ni. Selalunya buat nasi goreng makan dengan keropok ikan. Hehehe. Ni kreatif betul MF masukkan isi ikan terus dalam nasi goreng. Besttt!

    Sertai August Top Commentator Giveaways! Masih belum terlambat, berakhir esok. Komen mana-mana entri lepas dan berpeluang menangi produk Shaklee. Klik VitaminSuci untuk sertai. TQ!

    BalasPadam
  4. salam singgah sini sis...wahh...nampak sedap lah sis...

    BalasPadam
  5. menarik bunyi nyer maria.
    instead of makan nasi goreng dgn ikan goreng, better buat nasi goreng ikan :)
    good idea la.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)