GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jadual Pinjaman Perumahan Kerajaan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: mega3.com.my

Alhamdulillah, tahun ni masuk tahun kelima kerja kerajaan sebagai guru.... Alhamdulillah, rezeki MF juga sebab dalam family, setakat ni MF seorang sahaja kerja kerajaan... Insha Allah adik MF juga akan menyusul kerja Kerajaan tahun depan. Seronok ke kerja kerajaan??? Seronok tak seronok tu atas diri sendiri... Kerja apa pun, jika ikhlas seronok je kan... Cuma setakat banyak la faedah kerja kerajaan tuh... Itu je la... Macam MF katakan...rezeki Allah untuk MF, lagi pun impian ibu ayah MF nak lihat MF atau salah seorang anak mereka kerja kerajaan... Alhamdulillah, tercapai... Lagipun ibu bapa MF kerja kampung je... Jadi, satu kebanggaan untuk mak bapa MF juga... 

Panjang lak muqaddimah... 
Dah lama kerja, mula fikir pasal aset untuk masa depan... Kalau ikutkan, kehidupan tu dah cukup dah... MF dah ada rumah suami beli sebelum kahwin lagi, kereta pun dah ada... Cuma sekarang ni fikir nak tambah lagi... Bila tu??? Tak tahu lagi.. Cuma tengah mengorek info dari rakan yang berpengalaman dan juga kat internet... 

Bila lihat rumah kat KL ni, tak terdetik di hati nak beli... MF dan suami memang nak keluar dari KL ni... Migrain je dok kal KL ni... Insha Allah ada rezeki memang nak merantau lagi... Bila??? Insha Allah bila Allah tetapkan rezeki MF la di mana-mana kan... Tapi, kalau tengok tangga gaji dengan kelayakan pinjaman MF tak layak beli rumah kat KL ni... Rumah second hand mungkin ada la... Tapi kalau rumah baru jangan mimpi... Harga rumah tinggi-tinggi kat KL ni jejak setengah juta. Pernah MF tanya satu rumah papan yang ada sedikit tanah dan rumah tu pun dah macam nak roboh dah... Boleh tuan tanah tu jual RM1.5 juta... Telan ayaq lioq je la... Memang mahal... Jadi, sesuailah...kami pun tak nak menetap di KL ni... 

Ramai tanya, terutama saudara sebelah Kedah, minta MF kampung la buat rumah kat kampung... Hmm... Secara jujur, MF tak berminat tinggal di kampung sendiri... Sebab adik beradik MF semua di sana, jadi MF suka merantau. Lagipun MF ada suami kan, suami dah beli aset untuk kami jadi, sebagai isteri WAJIB ikut suami kan... 

Jadi, jadual diatas sebagai rujukan untuk MF buat pinjaman berdasarkan gaji pokok... Insha Allah, perancangan tu ada, moga selari juga dengan perancangan Allah.

Untuk rujukan lanjut boleh rujuka kat web Perbendaharaan Malaysia. 

4Ulasan

  1. Orang kedah ke? Kita sama. Hehehehe..Hmm, keje govt ek? Senang buat loan. hehehe

    BalasPadam
  2. betul...moga selari ngan perancangan Allah

    BalasPadam
  3. InshaaAllah ada rezeki tu..tapi MF..kalau rumah yg 2nd hand harga lagi mahal sbnrnya..sbb property mcm tu xde susut nilai..

    BalasPadam
  4. dahnaik pun tetap tak mampu loan sebab harga rumah kat sabah ni tinggi sgt

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ