Ticker

6/recent/ticker-posts

Elak Guna Tisu Untuk Bersihkan 5 Benda Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 barang yang tak boleh dan perlu dielakkan guna tisu ketika lap barang ni... antaranya:

Elak Guna Tisu Untuk Bersihkan 5 Benda Ini!

1. Cermin mata

Mahal macam mana pun harga cermin mata, kalau sekali  bersihkan habuk guna tisu memang boleh calar.  

Tambah pula, lensa cermin mata zaman sekarang mempunyai lapisan yang cepat tergores jika di lap dengan tisu. Nak selamat, lap saja guna kain yang disediakan khusus untuk cermin mata. 

Sama juga dengan screen telefon ataupun laptop... elakkan dari guna tisu... Guna kain microfibre.

2. Perabot Kayu

Debu dan tisu sama-sama memiliki tekstur kasar. Kalau guna tisu buat lap perabot kayu, risiko besar lapisan kayu cepat tercalar. 

Lebih selamat  buang habuk dengan cara lap guna kain basah (cairan pembersih kayu) atau paling senang guna saja bulu ayam, khas untuk bersihkan debu.

3. Skrin Televisyen, Komputer dan Telefon

Tekstur tisu yang kasar akan calarkan permukaan skrin dengan mudah kalau anda guna tisu untuk sapu habuk. Sebenarnya anda boleh gunakan kain microfiber jika skrin kotor dan tambahkan sedikit alkohol agar lebih bersih.

4. Karpet

Selalu kalau air tumpah atas karpet, laju tangan capai tisu yang ada dalam poket atau atas meja semata nak lap. Tapi adakah anda kesannya karpet  bertambah kotor dan nampak buruk. 

Menggunakan tisu untuk membersihkan noda pada karpet. Mestilah tisu yang diguna untuk sapu akan hancur sebab permukaan karpet sangat kasar.

5. Baju Hitam

Kalau pakaian kotor sekali pun jangan cuba lap guna tisu. Jika menggunakan tisu untuk membersihkan kotoran yang tertumpah pada pakaian dengan warna gelap, terutama hitam dan biru gelap, serpihan tisu akan tertinggal pada pakaian. 

Pernah terbasuh baju sekali dengan tisu dalam mesin basuh? Nampak tak kesan pada pakaian, satu baju akan dipenuhi tisu yang hancur. Jadi, cuba elakkan guna tisu untuk lap pada pakaian warna gelap, ya!


Sumber: Karang kraf
Elak Guna Tisu Untuk Bersihkan 5 Benda Ini!
Elak Guna Tisu Untuk Bersihkan 5 Benda Ini!

Sekarang ni MF banyak guna tisu basah. Jika dulu tahu tisu basah ni buat lap poo poo bayi je... Sekarang ni, baru tahu tisu basah ni serba guna. 

Dalam kereta ada tisu basah ni... Kadang makan, takde tempat nak basuh tangan lap dulu dengan tisu basah. Tisu basah tak macam tisu kering, sifatnya kenyal dan tak tinggalkan kesan. 

Jadi, memang ada je tisu basah ni. Nak tanggalkan kesan make up pun senang. Satu tisu tapi serba guna. Kalau kat dapur, guna tisu boleh basuh dari Cosway tu... Mudah dan jimat... Lap dan basuh... Tak payah guna kain buruk... 

Catat Komen

9 Ulasan

  1. Saya pun sekarang lebih banyak guna wet tissues daripada tisu biasa tu. Selalu juga lap cermin mata dengan tisu sebab walau apa pun kedai cermin mata kata dan kita bayar, tetap hasilnya sama. Blur aje cermin. Adakala wet tissue pun saya guna lap cermin mata pastu pakai kain lap cermin mata yang betul punya :p

    BalasPadam
  2. Eh sama lah kte.... kte pun guna tisu basah lap meja makan...kehkehkeh.... ;)

    BalasPadam
  3. alamak..ada juga yang pernah terlap dengan tisu..huhu..kekadang suka juga tissue basah.

    BalasPadam
  4. Lagi pun wettissue baunya wangi,,

    BalasPadam
  5. Fida tak pernah pakai tisu pun even nak lap mulut..selalu sediakan siap2 kain tuala kecil dlm hand beg

    BalasPadam
  6. saya plak tak suka guna...cam alergik
    gatal tangan lepas gunakan tisu basah
    tapi tips kat atas tu menariklah...baru tahu

    BalasPadam
  7. alamak baru tahu tak boleh lap tv. kadang-kadang ada habuk dekat skrin tv, memang guna tisu basah.

    BalasPadam
  8. Banyak kegunaan wet tissue ni. Kalau travel memang wajib bawa!

    BalasPadam
  9. Tisu basah mcm wajib je ada di mana2 kan...senang!

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^