GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Tips Orang Tak Jemu Bertandang Ke Blog Kita!

Alhamdulillah...  Setakat hari ni... Sokongan dari rakan blogger kat blog ini, sentiasa ada... Setiap hari ada sahaja komen ditinggalkan.

Komen blogger lain kat setiap entry kita satu pencetus semangat untuk kita terus berblog... Kita semangat nak menulis lagi dan lagi... Maknanya orang baca apa yang kita tulis... Takde lah kita syok sendiri kan..

Apa pun.. Bukan mudah nak kekalkan momentom bagi orang datang ke blog kita... Ingat senang nak tarik perhatian orang datang ke blog kita tanpa usaha kan... Dan supaya orang tak jemu melawat dan blogwalking ke blog kita...  Ada beberapa tips dan amalan yang MF buat untuk kekalkan momentom ni...

1. Sentiasa Update Entry
MF sentiasa pastikan setiap hari ada entry... Dan sekarang MF pastikan paling kurang 3 atau 4 entry sehari... Macam mana idea MF dapat... Takde lain melainkan banyak membaca...

2. Blogwalking
Memastikan diri MF untuk blogwalking mana sempat... Kalau tak banyak sikit... Janji buat... Sehari dua tiga blog pun takpe... Asalkan jangan tak buat langsung...

3. Ping Entry
Dah buat entry, rajinkan diri ping entry... Ini untuk pemberitahuan kepada orang lain, kita ada entry menarik untuk di baca... Biasanya MF ping di Facebook, Google Plus dan juga memasang widget autoping...

4. Memastikan blog sedap mata memandang.
Ini pun penarik pembaca untuk datang ke blog kita... Kalau blog yang serabut, banyak iklan dan lambat loading... Pasti orang tak minat nak datang... Jadi, pastikan blog ringan dan tersusun.

5. Ikhlas
Yang ni berkaitan dengan hati... Ikhlaskan diri dalam berblog tanpa harapkan balasan melainkan redha Allah... Jika berblog sebab nak dapat sokongan manusia semata-mata, pasti kita kecewa kan... Jadi, sebab tu kongsikan ilmu agar orang dapat manfaat dan Allah redha... Insha Allah...

Itulah yang selalu MF buat untuk pastikan blog sentiasa ada kunjungan pembaca. Terima kasih buat blogger dan pembaca yang tak jemu datang ke blog kami ni... Moga Allah merahmati kita semua... Ameen...


10Ulasan

  1. Salam ziarah MF,

    Alhamdulillah saya dah mula meluangkan masa berblogwalking dan mengemaskini blog untuk tarik rakan2 blogger berkunjung.. Blog saya merupakan sumber rujukan / archive kpd saya juga.. ^_^

    BalasPadam
  2. Thnk u so much untuk smua tip. Masalhnya sekarg penyakit M semakin mnjadi jadi. uhukuhuk.. nak mnta tolg MF, blog saya lambat loading ke? dh cuba kurangkn apa yg patut dikurangkn

    BalasPadam
  3. Terima kasih share tips..sangat berguna untuk lebih tambah semangat :)

    BalasPadam
  4. Setuju dgn cara akak..Fida pun tak suka bc blog yang terlampu sarat dengan iklan..Dah kadang-kadang nak kena tunggu 5 saat...loading lama...huh!! then jawapnya..terus pergi pangkah...malas nak baca...Maaf sangat2.tak sempat nak BW blog akak...

    BalasPadam
  5. bab ping entry tu yang payah sikit
    tak tahulah pasal apa...terasa susah sangat

    BalasPadam
  6. tq for the tips..
    sy kene sentiasa rajin update blog lah mcm ni... huhuhuhu

    BalasPadam
  7. Terima kasih share tips mf.. Sgt berguna utk wawa yg baru ni..")

    BalasPadam
  8. no,2 selalu takda masa buat huhu..tapi cuba usaha juga

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ