Ticker

6/recent/ticker-posts

4 Cara Mudah Update Blog Waktu Cuti!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hari ni last day... Happy for holiday.. Minggu ni tiga hari kita bercuti sekali dengan Cuti Merdeka... Mesti dah rancang nak pergi mana n kan... Ramai juga yang balik kampung, hantar saudara pergi Haji, kenduri dan sebagainya. MF juga perancangan waktu cuti... Tapi sebagai blogger separuh masa, blog tetap tak diabaikan... Nak kena juga update kalau tak, rasa macam tak best je... 

Jadi, MF nak kongsikan tiga cara mudah yang MF buat untuk memastikan blog update tapi dalam masa yang sama cuti tak terganggu. 

Entry Autopublish
Entry Autopublish memang tersedia... Setkan tarikh dan masa yang sesuai.. Paling kurang satu atau dua entry... Banyak sangat pun tak boleh, sebab biasanya hujung minggu dan cuti tak ramai blogwalking... Jadi, kongsikan entry santai dan ringkas sahaja dihujung minggu... Tak boleh info yang padat dan berat, sebab hujung minggu orang nak release tension dan rehatkan otak. Tapi MF tetap tak lupa entry berbentuk nasihat dan motivasi setiap pagi.. Insha Allah.

Join Segmen atau Giveaway
Cara ini paling mudah... Cari je mana-mana Giveaway atau segmen yang tengah berlangsung... Siapkan dalam draft atau boleh juga Autopublish, cuma kalau Autopublish kena la send Url entry awal-awal dan maklumkan penganjur bahawa tu entry Autopublish. Takut terlupa nak send url walaupun dah join. Jadi, nampak la blog kita update juga walaupun satu hari satu je kan... 

Pastikan Ada Entry di Draft
Jangan biarkan draft kosong... Sediakan je apa-apa entry ringkas dalam draft... Mungkin waktu rehat dalam bercuti tu, boleh publishkan entry yang dalam draft tu... Dalam draft MF ada seratus lebih entry yang belum diedit dan dipublish... Ada masa yang sesuai MF akan publishkan. 

Gadjet
Gadjet juga sebagai pembantu berkesan untuk publish entry dalam bercuti dengan cepat... Gunakan aplikasi yang mudah untuk Update entry... Walaupun sekeping gambar tanpa kata. Ianya akan menarik orang untuk mentafsirkan dan memberi komen. Jadi, simpan gambar-gambar tertentu dalam gadjet supaya boleh digunakan untuk update entry ketika perlu. Tapi jarang MF guna cara ni... Sebab time bercuti dengan anak-anak, no gadjet... Ada handphone untuk ambil gambar kenangan sahaja. 

Ini antara cara MF update blog ketika cuti. Jarang hadap blog ketika cuti kecuali waktu tu suami MF tengah kerja. Jadi ada la peluang hadap blog sekejap... Selebihnya, memang spend time untuk anak-anak. Antara empat cara di atas tu... Yang banyak MF guna ialah entry Autopublish... Sebab tu orang nampak blog MF sentiasa berupdate tapi tuan blog takde depan blog pun sebenarnya. 

Apa-apa semuanya atas minat dan mood juga, jika dah minat kita usaha untuk majukan. Blog MF dah sampai satu tahap yang hampir berjaya. Jadi, tak kan MF nak sia-siakan ye tak. Jadi, usaha untuk lebih maju dan bertahan... Insha Allah dengan Izin Allah.

Catat Komen

8 Ulasan

  1. tq for the tips..mmg terinspirasi dari maria..nk buat entry byk2..hehe

    BalasPadam
  2. Betul..PC pun akan guna autopublish bila balik kampung atau ada urusan dengan family..

    BalasPadam
  3. kebanyakan cerita tak sempat nak edit.. huhuhu..

    BalasPadam
  4. betul2, kdg2 sy setakat wordless je, tajuk la kasi gempakkk..sikit..
    hm.. and lg satu, even sy akn berblog esoknya, sy nk start autopublish gak, sbb kdg2 emergency,x dpt g office kan..dlm hp lak x best nk update, hp kcik katenye, huhu~
    tQ infoooooo

    BalasPadam
  5. selalu buat entry auto-publish. dan selalu jugak update sekeping gambar, tu time xda idea. hehe

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^