3 Makanan Segera Tapi Mengundang Penyakit Berbahaya!

Maria Firdz
7
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Makanan Segera Tapi Mengundang Penyakit Berbahaya! | Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Tetapi adakah kita benar-benar menjaga tubuh badan menerusi pemakanan? Ada beberapa makanan yang memberi kesan yang sangat buruk untuk kesihatan tetapi ramai dalam kalangan kita masih mengambil tiga makanan berikut:


Kopi instant

Suka minum kopi instant hanya sebab nak cepat siap? Jangan terlalu ghairah kerana kopi 3 dalam 1 selalunya memiliki kandungan berbeza dengan kopi yang anda buat secara manual. Bukan hanya mengandungi pemanis buatan dan krimer tetapi juga ada bahan pengawet yang belum tentu boleh diterima tubuh badan kita.


Marjerin

Lemak dalam marjerin lebih banyak minyak yang boleh menyebabkan pengumpulan lemak dan anda pasti berisiko tinggi menghidapi kolesterol. Jadi jika tidak guna minyak sayur, jangan pula menggantikan dengan marjerin kerana kesannya tetap sama. Lebih elok gunakan minyak zaitun sebagai minyak.
    

3 Makanan Segera Tapi Mengundang Penyakit Berbahaya!

Pemanis tiruan

Masih banyak makanan yang menggunakan pemanis tiruan dalam makanan dan minuman, terutama menu yang cepat siap. Tahukah anda pemanis makanan boleh mengundang diabetis?


Ya, banyak makanan yang ada risiko penyakit kepada tubuh badan. Jika mampu tolak tiga makanan di atas, insha Allah kesihatan kita lebih baik. Makan dan minum sesekali tidak salah tetapi kalau mampu elak dan 'tinggalkan' secara terus lagi bagus! 

Sumber: Karangkraf dan Google images

Catat Ulasan

7Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Kalau saya mmg langsung xleh minum kopi instant dan sewaktu dengannya, lepas tu mulalah pening2..

    BalasPadam
  2. saya sengaja beli paket 3in1 sebab rasanya sedap.Nampaknya kena beli yang ori lepas ni.

    BalasPadam
  3. terima kasih beri informasi ini. nanie tak pernah tahu pun. uwaaaa. kena kurangkan ni :(

    BalasPadam
  4. alamak..memang suka minum kopi 3 in 1 tu..huhu

    BalasPadam
  5. No 1 and 2 boleh elak..

    Tapi, no 3 tu.. adeh ~ banyak nau yang ada dia...

    BalasPadam
  6. marjerin tu kekadang j guna
    kopi mmg x minat sejak dh kena migrain. tapi suka kopi kaw bukan kopi instant.hihi
    no 3 xdpt la elakkan.

    BalasPadam
  7. aida suka beli kopi aik cheong.
    kopi instant hu hu hu...
    kena elak la pasni ekk :(

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !