div id='header-inner'>

Speghati Ayam Selera Melayu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cuti sekolah... Biasa lah.. Terima tempahan ikhlas dari anak solehah... Bosan makan nasi agaknya... Padahal ada je nasi lemak dengan telur dadar... Tapi nak juga speghati... Ikutkan saja selera anak... Asalkan nak makan... 

Speghati walaupun makanan barat, MF suka masak cara masakan Melayu dan style sendiri... 

Kali ni MF masak Speghati Ayam Selera Melayu... Bahannya mudah je..

Speghati yang telah direbus empuk... Rebus speghati dengan air mendidih yang dimasukkan garam. Tips ni MF dapat masak tengok rancangan masakan kat tv. Katanya, sebab speghati ni susah nak mesra garam walaupun lembut... Jadi, kita rebus dan masukkan garam sikit dalam air rebusan. 

Bahan-bahan lain:
Bawang putih yang diketuk
Isi ayam
Lobak merah
Sos tiram pedas (MF guna jenama Adabi...senang masak guna sos tiram ni... Tak perlu dah guna cili sebab dah tersedia pedas)
Garam
Gula/Madu
Sedikit air
Serbuk sup
Minyak zaitun/planta untuk menumis

Cara memasak:
Tumiskan bawang putih...
Dah garing, masukkan sos tiram pedas... Kacau sebati.. Masukkan ayam dan serbuk sup serta sedikt air...
Gaul hingga ayam masak... 
Dah agak masak atau pecah minyak dan naik bau... Masukkan speghati, lobak merah, garam dan sedikit gula atau madu... 
Gaul hingga sebati semuanya... 
Dan sedia untuk dihidang...


Memang kejap je masaknya ni... 
Tak sampai 10 minit... Cuma nak rebus speghati tu la lama sikit... 

Memang tak pernah masak speghati rasa barat. Kecuali beli je... Baru lah makan original resepi nya... Kalau masak speghati memang selera melayu je... 

Resepi ni sesuai untuk anak setahun ke atas... Cuma garam tu boleh ganti dengan bahan lain yang lebih sihat... Bagi yang pentingkan kesihatannya la kan... MF bagi je... Sebab tak terasa masin sangat pun... Lagi pun guna garam halal gel.. Tak rasa masin sangat.... Terpulang kepada selera dan citarasa masing-masing.

Catat Komen

3 Ulasan

  1. spaghetti masak apa pun sedap kan

    BalasPadam
  2. Owh.. baru tau sos tiram pun ada yang pedas.. nak carilah..

    BalasPadam
  3. emak abah aida memang da lama x makan mee kuning.
    goreng mee guna spageti.
    masak ala melayu juga, maria. mcm mee goreng gitu.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)