GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sate: Lain Tempat Lain Rasa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sate: Lain Tempat Lain Rasa! | Satu makanan yang MF rasa pelik bin ajaib ialah sate... sebab apa.. resepi sate ni sama je.. tapi rasanya boleh jadi lain-lain pula di berlainan tempat dan berlainan orang yang membuatnya.

Contohnya, MF bandingkan dua sate ni...

Johor 
Sate ni ialah sate yang diusahakan oleh seorang mama blogger di Kota Tinggi, Johor iaitu Blogger Kathy R'bain. Cuti Hari Pekerja yang lepas, MF balik Johor.. dan ada sedikit masa, buat temu janji nak jumpa Kak Kathy.. Alhamdulillah.. Allah permudahkan... MF berjumpa kak kathy di gerai jual sate dia... Kak Kathy mengusahakan sate ni bersama suaminya... Kat mana lokasinya??? Di Food Court Kota Tinggi...berhampiran Pizza Hut dan Hotel Seri Kota. 

Alhamdulillah, dapat jumpa kak kathy... dan masa balik, kak kathy bekalkan satenya sebagai buah tangan kami... Alhamdulillah.. dapat merasa sate kak kathy... Selepas suami merasa, perkataan pertama yang keluar dari mulut suami ialah "SEDAP!". Maknanya sedap la tu.. sebab orang lelaki tekaknya berbeza kan.. kalau tak sedap, maknanya tak sedap la tu.. tapi dia puji walaupun pertama kali rasa.. maknanya betul la tu sedap!

MF rasa pun lain... sedap sate Kak Kathy ni... rempahnya terasa sampai ke dalam daging.. kuahnya pun sedap... Memang berbeza rasanya dengan yang lain.. Jadi, MF dah tahu la port terbaik kalau nak merasa makan sate... memang serbu sate kak kathy la jawabnya bila balik Johor. Harga pun masih murah... Masa MF pergi harganya RM0.50 secucuk. Rugi kalau siapa ke Johor tak rasa nih... Jangan lepas kan peluang tau! Blogger Popular Aku Penghibur a.k.a Acik pun pernah merasa sate kak kathy ni tau.. Boleh baca review Acik di SINI.



Bentong

Ini pula sate pilihan MF pabila kami jenjalan ke Bentong, Pahang. Gerai sate ni menjadi pilihan MF dan suami sejak dulu... Suami MF la perkenalkan pada MF sebab selama 9 tahun dia bekerja di Bentong... Gerai sate ni terletak betul-betul di Corner Pekan Bentong, berhampiran KFC Bentong. Rasanya sangat berbeza dengan sate Kak Kathy... Tapi sedap... Kuahnya pun rasa lain... Harga sate ni RM0.60 secucuk...

Satu lagi gerai sate pilihan MF ialah berdekatan dengan rumah sewa MF di Kuala Lumpur. Iaitu di Jalan Gombak... Lokasinya dekat dengan bengkel tayar Continental... bertentangan dengan Sen Heng. Sedap juga satenya... Tapi, rasanya berbezza dengan Sate Kak Kathy di Johor dan Sate Corner Pekan Bentong di Pahang. Harga sate ni RM0.70 secucuk... masih murah jika nak dibandingkan dengan gerai sate yang lain di KL ni... Kami dah macam pelanggan tetap dah... kadang dapat la diskaun bila beli banyak.

Ini antara sate pilihan MF.. tiga perbandingan, tiga rasa yang berlainan... Rahsianya??? MF pun tak tahu.. tapi rasanya bahan asas membuat sate sama je kan.. itulah mungkin kuasa air tangan kan.. lain tangan, lain rasanya... Bagi yang nak JJCM, boleh la cuba ya... 

8Ulasan

  1. Saya suka sate yg ada kat kampung saya di Pontian, Johor..

    BalasPadam
  2. Hehehehhe... Tqsm sis sudi review kan sate Hubby. Jika datang Johor jgn lupa singgah kota ye? Kedatangan Maria sentiasa di tunggu. Eheh.. Pembetulan sis,harga 55 sen secucuk. Hehehhe.

    BalasPadam
  3. btol la lain tmpt lain rase dia... best nya sateyyy.. nanti nk cri lah..

    BalasPadam
  4. Saya pun suka sate.. feveret.. mmg rasa lain2 tambahan kuah pun berperanan juga.. :D

    BalasPadam
  5. Sy org gombak. Kat mana ek??? Tak tahu pulak ada sate yg sedap kat area sini

    BalasPadam
  6. saya pula bukanlah penggemar sate,
    tapi bedal je kalau ada orang bagi free.
    aci tak.. hihi

    BalasPadam
  7. tulah kan..sate ni rasa dia berbeza-beza..ada beza pada satenye, ada beza pada kuahnya..
    saye pernah makan sate yang diperkatakan ramai,ramai cakap sedap,tapi pada saya biasa-biasa je rasanya..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ