GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sahkah Puasa Sebab Lewat Mandi Wajib di Bulan Puasa???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Persoalan puasa

Persoalan puasa yang biasa keliru... Bagi yang berkahwin atau wanita yang haid atau nifas... kengkadang terlajak tidur.. tup-tup sedar dah pagi... subuh pun dah lepas... tapi dah niat puasa malamnya... adakah sah puasa... sebab tak mandi wajib waktu subuh tu??? Persoalan ni, kadang bermain juga difikiran kita kan... baik.. ini penjelasannya...

Puasa bagi orang yang terlibat dalam persoalan di atas adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh. Ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w  dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )


Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.


Ummu Salamah menjawab :-

كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih)


Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu', An-Nawawi, 6/309 ) . Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. (Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215)


Kesimpulannya, sah berpuasa walaupun lambat mandi wajib asalkan malamnya kita berniat... Cuma berdosa sebab tak tunaikan solat Subuh... Jadi, wajib qada' solat Subuh selepas mandi wajib dan teruskan berpuasa hingga berbuka. 

6Ulasan

  1. mmg soalan nih yg bt kita was2... tp pernah terbaca kt mana or bertanya ngn sorang ustaz jawapan yg sama... jd kite lebih yakin kan...
    takdelah alasan takmo puasa kan

    BalasPadam
  2. So konklusinya sah berpuasa. Terima kasih untuk info.

    p/s: jgn x mandi wajib sampai ke petang udoh lerr. XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klau tak mandi wajib smpai kepetang sah ka puasa

      Padam
    2. kalau lepas setengah hari kira tak puasa dah la tu sbb tak mandi wajib lagi.. maknanya tak sah...

      Padam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ