GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hilangnya Keberkatan Sebuah Majlis Perkahwinan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

Sekarang musim orang kahwin... Musim orang cuti sekolah la katakan. MF dapat juga undangan tapi tak dapat nak hadir...atas beberapa kekangan. Termasuklah undangan dari rakan sejawat yang merupakan Naib Juara Program Realiti TV di Astro tu... Tapi tak dapat hadir.. kurang sihat masa tu... 

Berkahwin bukan untuk sehari dua, tapi kalau boleh selamaanya kan... hingga ke syurga... tapi sebelum mencapai syurga cinta yang abadi perlu dapat keredhaan dan keberkatan dari Ilahi... Tapi aspek ni jarang orang titik beratkan. Beberapa perkara yang boleh menghilangkan keberkatan sesebuah majlis perkahwinan. Walaupun malamnya ada majlis khatam, ada berzanji, ada selawat, siangnya ada bacaan doa... tapi majlis tu ada campuran ibadat dan maksiat di dalamnya.

1. Hiburan yang melalaikan
Seringkali kita hadir ke majlis kenduri kahwin dan kita dihidangkan bukan sahaja dengan makanan yang lazat tetapi jugak dengan hiburan-hiburan yang tidak sepatutnya ada dalam satu majlis yg mulia itu, contohnya karaoke, tarian/joget dan lain2.

2. Tidak Tutup aurat
Sepatutnya tuan kenduri, pengantin dan juga tetamu yang hadir itu menutup aurat masing-masing. Kita dah hadir banyak kenduri kahwin, jadi kita tahu bagaimana keadaan masyarakat kita kan...

3. Bersanding
Upacara bersanding ini tiada dalam budaya Islam, ia datangnya daripada unsur yang lain. Hukum mempertontonkan isteri kita dikhalayak ramai adalah berdosa apatah lagi jika tidak menutup aurat. Kalau nak dilakukan juga, bersandinglah diwaktu malam yang hanya dihadiri oleh sanak saudara untuk ambil gambar sebagai kenangan sahaja.

4. Makanan dari sumber yang tidak halal
Makanan yang dijamu kepada tetamu yang datang mestilah dari sumber yang halal. Jika dari sumber yang syubhah, rasuah dan sebagainya... dah camne nak datang berkatnya tu... 

5. Bersalaman Dengan Bukan Mahram
Biasanya bersalam ini dilakukan selepas kita menetung tawar. Kalau saudara kita tak per, tapi kalau orang lain yang tiada pertalian dengan kita (pengantin) dan tentu haram untuk bersalam.

6. Percampuran Lelaki dan Perempuan
Sepatutnya, perlu ada pengasingan tetamu lelaki dan perempuan... walaupun makan di meja.. tapi ada perbezaan... bukan campur aduk... kecuali yang berkeluarga.

7. Lalai Waktu Solat.
Bila hari bersanding, seringkali waktu solat dilupakan. Terutama solat Zuhur la kan. Walaupun waktu bersanding jam 2.30 petang, tapi biasanya pengantin disolek awal oleh mak andam... jadi, kalau dah bersolek dan berdandan awal tak kan nak tanggalkan make up... sayang katanya. dari mana nak datang berkat jika waktu solat diabaikan... bukan hanya pengantin tetapi termasuk orang yang uruskan majlis dan tetamu yang hadir. 

Itulah antara yang sempat dikongsikan. Mungkin kita rasa KEBERKATAN itu tidak penting dalam majlis walimatulurus ini, tetapi apabila majlis kahwin itu diberkati, pengantin itu Insyaallah dapat hidup dengan bahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat zuriat yang baik.Begitu juga sebaliknya.

Moga kita mendapat keberkatan dalam apa jua yang dilakukan...

Moga kita dapat ubah tradisi ini pada masa akan datang.. kadang yang sederhana dan ikut syariat itu lebih indah dan barakah. insha Allah...


Renungkanlah... berapa ramai yang bercerai diusia muda sedangkan masa kahwinnya gah dan meriah.. mungkin Allah murka dengan kita..dan tiada redha Allah..



P/S: Fenomena yang diperhatikan di laman sosial.. bila sambut ulang tahun perkahwinan, terus tukar gambar profile..publish gambar masa kahwin dulu... hmm... sebelum post, tengok dulu gambar tu sempurna tak tutup aurat... kalau tak, cukuplah sebagai simpanan kita... Jangan biarkan suami kita dayus lagi..cukuplah kesilapan kita masa kahwin dulu... renungkan bersama... 

4Ulasan

  1. betui tu...setuju sgt...Fida dulu masa kawin tak buat pun pelamin tu...satu itu bukan adat Islam..kedua..membazir kan..satu pelamin dah harga ribuan ringgit...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, dapat dielakkan semua perkara di atas. Walau ada pelamin sekalipun, hanya utk tujuan bergambar bersama keluarga saja.

    BalasPadam
  3. Setuju sangat kak...walaupun ada acara bersanding, bersalam dan bergambar pun biarlah dengan keluarga dan sanak saudara saja.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah.
    aida da kecilkan skop fb aida.
    no more gambo tak tutup aurat.
    termasuklah 2 anak dara aida tu.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ