GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Batalkah Puasa Suami Isteri Bercium dan Berpeluk Siang Hari Ketika Berpuasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Batalkah Puasa Suami Isteri Bercium dan Berpeluk Siang Hari Ketika Berpuasa | Bulan Ramadhan ni, ramai yang cari hukum.. dari sekecil-kecil hukum hingga sebesar-besar hukum... Insha Allah, MF cuba kongsikan ilmu yang ada berdasarkan dalil dan nas yang sahih serta rujukan yang sahih... 

Bab rumahtangga, bulan Puasa bulan ibadah.. bulan untuk menahan nafsu.. Jadi, adakah suami isteri kena tahan nafsu di bulan Ramadhan??? Jadi, tak boleh la nak peluk cium bulan puasa??? 

Batalkah Puasa Suami Isteri Bercium dan Berpeluk Siang Hari Ketika Berpua

Hukum suami isteri bercium peluk mesra ketika berpuasa

Ini penjelasannya:

Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.

Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-

كان رسول اللَّهِ  يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ

Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud,  2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Hadis yang lain adalah : -

 فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام

Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba datang seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-

"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)

Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )

Tidak membatalkan puasa


Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan. [Sumber: Ustaz Zaharuddin]

Batalkah Puasa Suami Isteri Bercium dan Berpeluk Siang Hari Ketika Berpua


Jadi, ciuman dan pelukan antara suami isteri tidak membatalkan puasa bahkan hukumnya harus jika mampu mengawalnya... Tapi jika tak mampu nak kawal maka elakkan.. Tetapi jika suami isteri yang memang dah biasa berpelukan dan berciuman iaitu peluk dan cium kasih sayang... insha Allah.. tiada masalah nak kawal dan sebagainya. 



Nota: Mungkin dah ramai yang tahu,

P/S: Bulan Ramadan kurangkan makanan yang boleh meningkatkan dan merangsang nafsu syahwat.

7Ulasan

  1. dah menjadi amalan hari-hari akan peluk dan cium sebelum keluar rumah.
    rasa kekok pulak kalau tak buat

    BalasPadam
  2. cium dan peluk mestilah boleh..tpi yg melebih-lebih.he he

    kawal..kawal...

    BalasPadam
  3. bulan Ramadhan kena kawal perkara² yang boleh membatalkan puasa :)

    BalasPadam
  4. kebiasaan, tak boleh elak.
    kita tau la batas masing2 kan :)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, saya ingin bertanya jika pasangan lelaki perempuan yang belum nikah atau kata lain 'couple' hanya membuat bunyi cium, batalkah puasa mereka?

    BalasPadam
  6. kena pandai2 asal jgn sampai terbatal puasa kan.. apapun malam2 la kalau nk bermesra pun

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ