Pasang Perakam Video Kereta Untuk Keselamatan!

Maria Firdz
8

Selepas kejadian kemalangan di Lebuhraya DUKE tempoh hari... Menambahkan lagi semangat en.suami nak pasang kamera video di dalam kereta. Sebelum ni pun dah berkali dia suarakan nak beli... Ada juga tengok kat LAZADA tapi harga beratus dan ada yang beribu...

Suami survey pula kat Mudah.my... Sekali jumpa yang murah... RM65 je sekali dengan kos pos... Terus la dia beli...

Alhamdulillah.. Bila pasang tu ada la rakam... Memang jelas la.. Boleh la digunakan sebagai langkah keselamatan.. Kalau ada apa-apa berlaku sekurang-kurang kita ada bukti kan... Tak perlu la buat cerita... Sebab sekarang cerita dibawa mulut, SMS atau whatsapp pun tak boleh percaya...

Jalan jauh memang pasang... Kadang jalan dekat-dekat area KL ni pun pasang juga.. Selain guna "CCTV" ALLAH, CCTV manusia pun kena ada kan...

MF galakkan la pemandu wanita pasang video perakam ni... Sebab sekarang ni buat kesalahan jalan raya tak kira lelaki pompuan... Pompuan sekarang pun dah ramai tunjuk berani kat jalan raya kan... Jadi, ada video ni... Selamat la sikit...

Kalau yang mampu...beli la yang mahal sikit.. Tak rugi beli.. Untuk keselamatan dan persediaan kita dijalan raya... Kadang kita dah ikut peraturan jalan raya...tapi orang lain pula yang lalai kan???

Dah usaha...maka, kita berdoa dan bertawakal lah kepada Allah.. Moga Allah pelihara kita di dalam setiap perjalanan kita... Ameen...


Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. bagusnya ada video cam..boleh bagi link tak kak?

    BalasPadam
  2. wah murahnye.untung lah dpt jupe yg murah..semoga bermanfaat nanti...

    BalasPadam
  3. wah,macam berminat nak beli je ni.lazada kan?nak terjah la lepas ni.

    BalasPadam
  4. Bagus ni.. skrng mmg perlulah utk keselamatan.. mcm2 perkara yg tak terduga skrng ni hhmmm...

    BalasPadam
  5. bagus ni.. cctv untuk pantau... kemalangan skrg ni macam2 cara boleh jadi..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !