Adakah Ibu Saya Ibu Derhaka???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Adakah Ibu Saya Ibu Derhaka??? | Dalam keseronokan kita mengucapkan Hari Ibu, MF nak kongsi satu luahan komen yang pernah singgah kat blog MF di entry Ciri-ciri Ibu Bapa Derhaka. Komen luahan ini atas nama  Anonymous... Meluahkan rasa hatinya tentang ibunya.


Masa kecik-kecik dulu kalau marah-marah mak akan pangggil saya dengan nama binatang saja, babi, anjing, setan, kurang ajar, anak haram & haramjadah. Bayangkan apalah sangat dosa saya yang masih budak tu dipanggil dengan perkataan kesat macam tu, memang sedih, sampai sekarang pun boleh terngiang-ngiang lagi kat telinga jeritan mak saya tu. Masa kecik kalau saya menangis mak tak pernah nak pujuk.. Lagi dia maki ada le, bayangkan saya cuma budak-budak masa tu, bukan kata nak pi pujuk ke, memang jangan harap le.Maki hamun , sumpah seranah, berleter dah memang biasa sangat bagi saya ni, sampai ke remaja umur belasan tahun pun masih kena maki lagi. Masa saya kecik dulu kalau saya terpecah kan cawan ke pinggan ke, memang hahaslah.. Teruk kena pukul punya, dahlah kena pukul teruk bagai nak gila, kena maki lagi. Kadang-kadang kalau pegi sekolah saya rasa tak nak balik rumah sebab rasa tertekan sangat dengan perangai mak saya. Penah masa remaja saya rasa kalau dalam islam boleh bunuh diri saya memang dah tak mau hidup lagi, tak tahan dengan mulut mak saya, nasib baik masa tu saya cuma pikir kalau mati bunuh diri masuk neraka. Sebab tak tahan sangat dengan mulut mak saya yang hari-hari berleter saya penah terfikir dalam kepala otak, saya tak mintak dilahirkan kedunia ni, sebab apa dia lahirkan saya ke dunia ni. Masa kecik mak saya penah pukul saya dengan tali pinggang sampai berdarah. Masa tu saya ingat lagi tok saya masih ada. Saya lari keliling pinggang tok saya untuk lindung diri saya dari kena tali pinggang, tapi mak saya tak peduli dia tetap pukul saya, sampai dengan tok saya sekali kena libas. Sedih sangat saya masa tu…: Sampai skang pun mak saya suka buruk sangka kat saya sbb saya tak banyak duit berbanding adik beradik sy yang lain dan dia akan melaga-lagakan kami adik beradik hanya disebabkan duit.. awak kira bertuah la fizo sbb tak dapat mak macam saya.. sbb tu awak boleh kata jgn abaikan ibu dan lupakan ibu.. Ibu sy tk pernah peluk saya dari kecil hingga sy besar.. Adakah ibu saya boleh dikategorikan sebagai IBU DERHAKA..??!!
MF tak pasti luahan ni dia tuju kepada fizo mana seperti yang MF gariskan tu.. tapi persoalan diakhir komen tu, "Adakah ibu saya boleh dikategorikan sebagai IBU DERHAKA..??!!"

Apa pendapat rakan-rakan pembaca??? Adakah ibu pengomen ni, dikira ibu derhaka... Kalau ikut cerita ni, ada kena juga la dengan ciri-ciri yang MF sebutkan dalam entry ni kan...

Cuma... walau seburuk, sejahat dan seteruk mana ibu kita, dia tetap ibu kita dunia akhirat... Derhakanya dia biarlah dosa tu dia dengan Allah.. tapi sebagai anak...kita wajib doakan kebaikan untuk mereka... Harapan MF buat pengomen ni.. MF doakan moga Allah berikan hidayah buat ibu cik anonymous... moga sedar akan kesilapannya sebagai ibu... 

Ibu pun banyak silap walaupun Allah angkat martabat sebagai ibu.. tapi jangan 'gila kuasa' sebagai ibu sangat.. kerana anak juga ada hak yang patut dipenuhi... Moga kita beroleh pengajaran dan sebagai muhasabah diri bersama...

Berlangganan update artikel terbaru via email:

6 Responses to "Adakah Ibu Saya Ibu Derhaka???"

  1. kata-kata itu adalah doa..pada saya emak pengomen ni agak zalim kerana langsung tidak mempunyai ciri-ciri seorang ibu..ibu kan sorang yang penyayang walaupun tegas..
    tak tergamak nak panggil orang apatah lagi anak sendri dengan panggilan macam tu

    BalasPadam
  2. sedih pulak baca luahan pengomen ni...harap beliau tabah & sabar...

    BalasPadam
  3. Kesian pengomen ini...kurang sentuhan dan kadih sayang seorang emak. Doakanlah kesejahteraan emak walaupun anda telah disakiti sejak dr kecil. Siapa kita utk judge??...biar Allah shj yg memberikan balasan setimpal...

    BalasPadam
  4. mmg sedih kan dapat ibu mcm tu...dosa pahala dia biarlah dia dengan Allah...bahagian kita cuma pastikan kita tidak berdosa dengan ibu kita..seburuk mana pun dia...dia tetap ibu kita..manusia ni mmg tidak sempurna...

    BalasPadam
  5. macam mana pun dia tetap ibu.. forever tetap ibu..

    BalasPadam
  6. Keadaan pengomen tu macam keadaan saya juga, hingga sekarang ada saja perkara yang tak puashati dalam kehidupan saya, walaupun saya sudah berumahtangga dan beranak pinak. Hinggakan saya malu pada suami, Anak2 & Jiran tetangga bila mak mula marah atau mencarut benda dalam kain sendiri. Disebabkan itu saya jarang pulang rumah mak.. kalau dulu setiap minggu saya akan singgah di rumah mak, hantar barang dapur, mengemas dan lain2. Tapi kesabaran saya teruji amat hebat bila adik-beradik sendiri menghasut mak dengan kata2 fitnah tentang rumahtangga saya... saya dan suami dibenci tanpa sebab.. tapi saya abaikan saja kerana demi mak...sedangkan anak2 lelaki dia tak pernah belajar untuk menghargai pertolongan kami tapi suka menipu, belagak, sombong, ego dan mengambil kesempatan keatas kebaikan yg diberikan... kini saya 'lepaskan' semua .. saya dah tak sanggup menanggung derita bertahun2 semata-mata inginkan perhatian dan kasih sayang dari org yang saya sanjung, hormat dan sayang selama ini. Biarlah apa pun panggilan dia pada saya... saya tetap sayangkan dia dunia sampai akhirat.. tempat dia tiada pengganti.. Saya mohon rakan2 doakan dibulan yang mulia ini semoga kasih sayang dan ikatan kami kembali bertaut ... doakan yang terbaik untuk saya, suami dan ibu saya.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel