بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Mual, loya, rasa nak muntah antara tanda awal untuk seseorang tahu dia hamil.. Ada juga wanita yang tak alami siptom ni... Tapi, bagi yang loya, mual dan muntah memang boleh rasa mencabar.. Di sini MF kongsi lima makanan yang boleh kurangkan rasa mual dan loya ketika awal kehamilan.
Brokoli
Ibu hamil terutama pada trimester pertama sangat digalakkan mengambil banyak sayuran hijau seperti brokoli yang kaya dengan kandungan folat, kalsium, karotenoid dan serat yang membantu perkembangan mata bayi dalam kandungan. Kalium yang terdapat dalam brokoli juga membantu menormalkan tekanan darah.
Yogurt
Ibu hamil sering ditekankan agar minum susu yang banyak membekalkan kalsium. Tetapi ada kalangan ibu hamil langsung tidak boleh menghidu bau susu apatah lagi meminumnya. Jadi, gantilah ia dengan mengambil yogurt kerana ia mengandungi protein, kalsium, vitamin B dan zink. Kandungan kalsium dalam yogurt juga dikatakan lebih tinggi berbanding susu.
Buah Beri
Kumpulan buah-buahan beri sememangnya sedap walaupun rasanya masam manis. Ia membantu ibu menghilangkan rasa mual. Buah beri seperti strawberi, blueberi, rasberi yang kaya dengan vitamn C, potassium, folat, serat dan antioksidan yang tinggi memang digalakkan kepada ibu hamil.
Daging
Daging yang kaya dengan protein, vitamin B12, B6 dan niacin sememangnnya bagus untuk mengelakkan masalah anemia sepanjang mengandung. Daging juga mengandungi kolin yang membantu perkembangan bayi. Pengambilan daging di awal kehamilan sangat penting untuk janin dan ibu sendiri.
Kekacang
Kekacang merupakan sumber protein, zat besi, protein, folat, kalsium dan zink. Mineral ini diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan janin pada tiga bulan pertama. Kekacang boleh dijadikan snek kudapan bagi menghilangkan rasa loya dan mual yang muncul pada bila-bila masa. Selain mengenyangkan ia berkhasiat.
Sumber: Karangkraf
Loya, penat semput dan tak larat satu cabaran ibu mengandung...tapi semua tu buatkan wanita kuat dan tak pernah rasa serik nak mengandung lagi..
Wanita memang kuat :)
BalasPadamjgn kata ibu hamil je meloya..Fida pun kadang2 meloya gak..tetiba je dia mai..ingatkan pregnant..tapi tak pun hehehe..husband kalau dgr Fida meloya..dia yg terlebih suka..walhal..loya tanpa sebab..pun boleh kan
BalasPadamthanks share kak..alhamdulillah setakat ni xde alahan lagi
BalasPadamAlhamdulillah, semasa hamil I is not loya-loya atau mabuk...
BalasPadam