Syirik Kerana Sebatang Pokok!

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

"Bagaimana mereka boleh terfikir untuk menyembah pokok tu?" fikir seorang lelaki yang berang. Dia pulang kerumahnya dan mengambil kapak. Tanpa berlengah, dia segera kembali ke arah pokok tersebut. "Aku akan tabang pokok itu" azamnya yang tinggi. Dalam perjalanannya itu, dia dihalang oleh iblis yang menyerupai manusia. "Engkau hendak kemana?" tanya iblis. "Aku ingin menebang pokok besar yang disembah di pinggir pekan. Itu semua syirik!'' lelaki tersebut bersemangat memberitahu. ''Engkau jangan jaga tepi kain orang,'' kata iblis yang bertujuan untuk melengah-lengahkannya.

''Tidak. Ini adalah tanggunggjawabku sebagai seorang muslim. ''Ah, mereka sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Aqidah mereka rosak. Kita yang masih sejahtera jangan campur tengan. Takut berjangkit pula penyakit syirik,'' jawab iblis semakin licik. ''Tapi aku dah berjanji dengan Allah untuk mencegah kemungkaran ini.'' ''Apa kata engkau balik dulu, asah kapak itu. Lahi tajam, lagi cepat dan mudah menebang.'' iblis cuba memujuk. ''Tidak perlu. Ia sudah cukup tajam, lelaki itu mempertahankan tindakannya. Iblis tidak berputus asa. Dia mencadang suatu idea: ''Apa kata kita buat perjanjian, Jika engkau tidak menebang pokok itu, engkau akan mendapat wang lima dirham setiap pagi di bawah bantalmu.''Betulkah?'' lelaki tersebut mula terpedaya. ''Ya, aku menjamin setiap hari engkau akan mendapat lima dirham selagi engkau tidak menebang pokok itu,'' iblis bersungguh-sungguh dengan janjinya.

Dengan tawaran itu, lelaki tersebut membatalkan hasratnya mencegah perbuatan syirik. Kini, hatinya fokus kepada dirham yang bakal diperolehnya. Memang benarlah, esok paginya dia mendapati ada wang di bwah bantalnya. Begitu juga dangan esoknya dan hari-hari selepasnya. Namun, setelah seminggu berlalu, tiada lagi wang seperti sebelumnya. Dia berasa marah. Esoknya, dengan kapak di tangan, dia bergegas menuju ke pokok itu. Iblis menghalangnya di tengah perjalanannya itu. ''Engkau berbohong! Kali ini, aku akan tebang pokok itu!'' jawab lelaki itu marah. ''Cubalah! Aku akan halang engkau!'' ancam iblis. Kali ini iblis begitu mudah menghalangnya. Mengapa? Dahulu, dia menentang iblis ikhlas kerana Allah. Namun kali ini dia menentang Allah kerana tidak mendapat wang. Niatnya tidak ikhlas, maka mudahlah iblis mengalahkannya. Akhirnya, pohon tersebut terus kekal dan disembah oleh penduduk di sekitarnya.

Moral of the story:
  • Bukan mudah untuk melakukan sesuatu kebaikan ikhlas kerana Allah, namun hanya dengan keteguhan iman dan ketaqwaan kepada Allah...ikhlas itu dapat dikekalkan.
  • Iblis tidak pernah berputus asa menghasut manusia mensyirikkan Allah.
  • Wang mampu menjadikan manusia leka dan lalai dari mengingati Allah. 

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Terbaik , bagi saya niat itu penting, kalau bukan kerana Allah S.W.T. nescaya susah untuk berhasi setiap apa yg dilakukan.

    BalasPadam
  2. saya pernah baca kisah ni sebelum ni
    antara kisah yang berbekas di hati saya.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !