GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Info Penting Tentang GST!!!!



Perkongsian panduan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Salam 1 Malaysia,

Cukai GST 6% telah mula dilaksanakan hari ini bersamaan 1 April 2015 (Rabu) menggantikan Cukai SST kini antara 5% hingga 20%


#kenaikan
Antara barang yang dijangka alami kenaikan harga adalah barangan seperti Handphone
kerana kerajaan telah mansuhkan cukainya sebelum ini. 
Contoh 
Rm500 + 0% = Rm500
Rm500 + 6% = Rm530

#Kekal
Topup sekarang mempunyai cukai SST sebanyak 6%. Jadi apabila digantikan dengan Cukai Gst 6% maka tiada kenaikan akan berlaku.

#Turun
Perabot mempunyai cukai SST 15% sekarang. Apabila diganti dgn GST 6% maka harga perabot sepatutnya turun.
Contoh 
1000 + 15% SST = 1150
1000 +   6% GST = 1060

Seperti yang sentiasa ditekankan sebelum ini kesemua barang makanan asas tidak dikenakan GST. 

hampir 4000 jenis ubat utama tidak dikenakan GST.

KPDNKK telah mengeluarkan buku Panduan Harga Pengguna secara percuma. Terdapat lebih 500 senarai barangan yang boleh dijadikan panduan ketika pengguna berbelanja.

ebook.kpdnkk.gov.my/ebook/PANDUAN_HARGA_PENGGUNA_-ZON_TENGAH/index.html

Pengguna yang bijak sentiasa membuat perbandingan harga dan berbelanja mengikut keperluan.

1. Memilih dan buat perbandingan harga yang lebih murah

2. Memboikot Peniaga yang menjual harga yang mahal

3. Melaporkan peniaga yang mengambil keuntungan yang melampau

salurkan ke :

1800886800 1Malaysia Centre
0388826245 War Room Kpdnkk
http://e-aduan.kpdnkk.gov.my
sms : ADU (maklumat aduan)
hantar ke 32255

whatsapp : 0173436433
(whatsapp nama dan lokasi)

Pastikan anda simpan maklumat aduan anda. dapatkan feedback semula tentang aduan anda. Sekiranya tiada apa apa tindakan dari Pegawai. maklumkan pada

http://eintegriti.kpdnkk.gov.my

sikap TAKPELAH akan merugikan anda. cukuplah kita berdiam diri selama ini.
kita harus #BERTINDAK

#bertindak
#ambiltahu
#sebardansedar
#hakpenggunatanggungjawabanda
Bagaimana anda membantu kerajaan ketika GST dilaksanakan?

1. Dapatkan senarai barangan yang dikenakan atau dikecualikan GST di laman sesawang www.kpdnkk.gov.my

2. Gunakan senarai itu sebagai panduan untuk berbelanja.

3. Jika peniaga mendakwa kenaikan harga disebabkan GST, dapatkan resit bayaran daripada peniaga tersebut. Pastikan tertera nombor tauliah GSTi pada resit tersebut. Jika tiada atau anda mengesyaki peniaga itu menipu, SILA LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

4. Jika peniaga gagal mengemukakan resit, ambil gambar barang dan harga. Jangan lupa ambil gambar kedai dan peniaga tersebut. LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

5. Perlaksanaan GST sepatutnya tidak menyebabkan kenaikan harga, sebaliknya disebabkan peniaga mengambil kesempatan dan manupulasi oleh kartel serta orang tengah.

6. PENIAGA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN MENAIKKAN HARGA AKIBAT PELAKSANAAN GST, MEREKA BAKAL DIKENAKAN DENDA SEBANYAK RM200,000.

7. Jadilah mata dan telinga kepada pihak berkuasa dan kerajaan bagi membanteras golongan peniaga tamak dan tidak berhati perut yang sentiasa mengejar keuntungan melampau.

8. Segala aduan hendaklah dilaporkan ke Bilik Gerakan KPDNKK di talian 03-88826245. Pastikan bukti DISIMPAN RAPI untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

9. Pastikan anda sentiasa mengemas kini info GST melalui laman sesawang
i.  gst.customs.gov.my
ii. www.kpdnkk.gov.my

Atau laporkan serta berkongsi pengalaman berhadapan peniaga yang penipu melalui laman sesawang
i.  www.ppim.org.my
ii. www.nccc.org.my

JADILAH MATA DAN TELINGA KEPADA PIHAK BERKUASA BAGI MEMBANTERAS GOLONGAN PENIAGA TAMAK!

Sumber: whatsapp group

5Ulasan

  1. kena belajar pasal GST lepas ni..tak hadam lagi..huhu

    BalasPadam
  2. ayu dah xleh da dgr tgk o dengar pasal gst da...
    pening lagi nie..
    kene tggu otak berheat dr pk gst dulu ni

    BalasPadam
  3. tunggu dan lihat je.memula mesti byk yg naik walaupun xde kena mengena sebab peniaga ambil kesempatan.lepas ramai dah kena saman nanti baru kita dapat nikmati penurunan harga

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/cara-bagi-kucing-makan-di-kedai-makan.html

    BalasPadam
  4. dengar kata 1/4 saja ribuan aduan diterima.. huurm turun padang semua pihak..
    untuk orang yang tak berapa faham macam CT amek jalan mudah nak duduk dan tengok dulu..
    sebab mmg tak ada idea sngt GST ni apa.. kalau spatutnya harga murah knapa ramai yg mula mengeluh..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ