GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Berubah Jadi Baik Pun Kena Kata!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

Berubah Jadi Baik Pun Kena Kata! | Penulisan entry ni adalah pengalaman MF sendiri. Bukan MF berubah jadi baik camne pun, cuma semalam, MF saja ubah penampilan pemakian ke tempat kerja... 

Biasa MF pergi kerja pakai tudung bawal labuh, atau selendang labuh, tapi semalam sesaja nak ubah penampilan... Tengok tudung bulat labuh... Rindu nak pakai... Terus MF pakai... Dipadankan dengan dress ringkas... Hari Jumaat memang mood nak bersiap tu down sikit... biasalah nak berhujung minggu kan.. Dan waktu kerja yang pendek... Malas betul nak bersiap bagai nak rak... Sebab tu ringkas je semalam...

Memula MF pakai... Semua orang pandang... Kemudian masuk ke kelas, ank murid dulu tegur... "manis ustazah pakai macam ni" .. MF terima komen tu dengan teguran juga... "lagi manis kalau kamu pakai macam ni..." kata-kata makan dalam la Sikit sebab yang tegur tu anak murid yang tudungnya singkat dan pakaian ketat kan...

Lepas habis kelas... tetiba MF ditegur sekali lalu... "eh Mariah, awak pakai macam ni nampak kurus dan cengkung la.." Fuhh... Terasa disanubari... Takpe lagi... MF senyum je... Kalau ikutkan hati nak je balas... nak je balas... "biarlah nampak kurus cengkung dari nampak aurat, tudung singkat dan berbaju ketat." Tapi MF sabar lagi... Tapi rasa kecewa pun ada...

Sekali MF ke kantin nak beli makanan untuk minum petang... Bungkus je... Sekali lalu de juga yang tegur... "kenapa pakai macam ni?? Tudung sekolah ye???" masa ni mula rasa annoying... MF jawab je... "Saja pakai nak nampak macam ustazah sikit,tapi ni bukan tudung sekolah."

Rasa dan memang terasa di hati atas teguran macam tu... Terutama teguran yang pertama tu...

Semasa di Surau akhirnya terluah juga perkara ni pada rakan lain... Cuma tak mention sesiapa... Mujur diorang support dan sabarkan MF...

Pengalaman MF semalam, barulah MF tahu... Patutlah orang susah nak berubah jadi baik... Sebab memang mencabar nak hadap mulut orang... Di mata orang serba tak kena saja... Nampak ada je nak komen pasal orang lain...

Buat yang nak berubah... Teruskan... Tabahkan hati dan pekak kan telinga... Ingat apa yang Allah kata, bukan apa yang orang kata... Hiduplah berlandaskan Syariat Allah dan yang Nabi s.a.w bawa... Pekakkan telinga dan butakan mata...dan kuatkan semangat... Berubahlah ke arah kebaikan... Buatlah apa yang Allah dan Rasul suka.... Bukan apa yang manusia Suka...

Buat yang komen dengan penampilanku semalam...sama ada di depanku atau dibelakangku... Moga Allah berkati kalian... Doaku... Moga orang yang komen sebegitu berpakaian lebih sempurna dan menutup aurat... Moga kau diberi hidayah oleh Allah... Dari segi pemakaian dan pertuturan mu...

Nak berubah??? pekakkan telinga!


Hatiku bermonolog:
Kalaulah kita boleh buat badan kita, pasti kita nak badan kita kurus, tak kurus sangat, gemuk tak gemuk sangat... Kulit cantik, hidung mancung dan cantik perfect kan... Tapi Allah jadikan diriku begini... Kurus begini... Aku syukur dengan apa yang Allah berikan... Alhamdulillah... Aku sempurna fizikal...dan tak cacat cela... Itu pun dah besar nikmat Allah kurniakan... Tak guna badan cantik molek, tapi akhlak ke laut ka .... Renungkanlah.... 

3Ulasan

  1. Mulut orang ni, memang x boleh nak kontrol. Tapi, memang sedih la kalau kita nak buat benda baik pun dikata orang

    BalasPadam
  2. takpa cikgu
    itu menambah semangat untuk kita kearah yang lebih baik

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ