بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
5 Cara Mencegah Jerawat! | Jerawat ibarat nightmare bagi remaja... sebab tu banyak iklan kecantikan remaja mengeluarkan produk mengecilkan atau meredakan jerawat... tapi sebenarnya jerawat boleh dicegah dengan 5 cara mudah.
1. Banyakkan makan bawang putih.
Bawang putih dapat menghancurkan bakteria yang ada pada pori-pori kulit. Selain itu bawang putih juga berfungsi meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
2. Sinari kulit dengan matahari
Kulit memerlukan sinaran matahari untuk kesihatan dan pembentukan sel kulit. Sinari wajah dengan matahari terutama matahari waktu pagi sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari.
3. Exercise dan tidur yang cukup.
Stress dan badan penat menyebabkan ketidakseimbangan hormon, dan ini menyebabkan jerawat tumbuh. Jadi, senaman dan tidur yang cukup penting untuk kestabilan hormon dan mencegah jerawat.
4. Cuci muka dengan air suam
Jerawat boleh tumbuh kerana kotoran yang memasuki pori kulit. Air suam akan membuatkan pori terbuka dan pencuci muka dapat membersihkan kulit muka dengan tahap maksima.
5. Bersihkan tubuh dari toksin
Makanan yang kurang bersih serta persekitaran yang kotor dan tercemar menyebabkan badan kita mengandungi toksin... jadi, minum air bersih secukupnya untuk menyahkan toksin secara semula jadi melalui sistem pencernaan dan perkumuhan.
Tips pencegahan ni sangat mudah nak buat.., amalkan gaya hidup yang sihat setiap hari untuk kesihatan badan dan kulit kita juga... selamat beramal..
P/s: ingat-ingat balik..inilah amalan mak MF dari muda lagi.., selalu makan ulam... selalu keluarkan peluh dengan buat kerja rumah... minum air suam dan cuci muka dengan air suam atau air rebusan daun sirih... memang menjadi... serius..mak MF tak pernah naik jerawat kat mukanya... tapi cikgu MF penah cakap... syukur jika jerawat atau bisul tumbuh..,sebab mengurangkan risiko kena kanser..kerana ianya mengeluarkan darah kotor dan toksin dari badan kita...
good tips..thanks ya :)
BalasPadamdulu2 zmn remaja muda belia biasa jgk berjerawat, yelah duk berjemur je kt padang sbb aktif sukan masa remaja dulu... tp takdelah yg teruk sgt...
BalasPadamalhamdulillah dh makin dewasa makin tua jerawat dtg sekali sebulan je itu pun sebutir dua... maklum dh makin reti nk jaga kesihatan tubuh bdn kn
saya sekarang dah tak kisah sangat tumbuh jerawat. lantak situlah. dulu yelah time muda remaja. hehe
BalasPadam