GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kisah Suami yang Tersesat Jalan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Teramat sayu ketika baru ini berbual kembali dengan seorang suami yang tersalah jalan.

Seorang suami mula kurang beri perhatian pada isteri dan anak-anak. Mula lupa tanggungjawabnya. Suami asalnya orang baik. Tapi kerana dunia dan kelalaiannya. Dia mula asyik marah-marah. Dia juga sudah lama tidak ziarah ibubapanya.

Dia terlupa segalanya. Mula buat dosa dan maksiat. Isterinya terus menerus berdoa buatnya. Senyum dan tabah membesarkan dan menjaga anak-anak.

Satu hari dia datang dengar ceramah. Dalam ceramah dia cerita pekerjaannya pada saya. Dia seorang berjaya dalam pekerjaan. Saya tanya dia abang rasa dekat akhirat dekat mana tempat saya? Dekat mana tempat kita yer abang? Agak-agak kita diredhai Allah atau tidak. Saya pun tak berbual panjang dengannya.

Katanya dia tersentak dengan ayat. Dekat mana tempat kita di akhirat nanti? Tengah malam dia dapat berita isterinya yang tersayang meninggal dunia kemalangan semasa kursus. Dia menangis bawa anak-anaknya. 4 orang anak masih kecil. Anak yang kecil tidak berhenti menangis. Dia cuma nak ibunya. Anak yang besar tidak mahu senyum lagi. Dalam penantian dia terus menangis. Ibunya membantu menjaga anak-anaknya.

Dia terlalu rasa rindu pada isterinya. Dia berjalan. Dan mula terdengar suara isterinya di telinganya. Dia menangis. Dia dengar suara tapi tak boleh capai tangan atau melihat muka. Dia mula fikir dia dah gila kerana rindu isterinya. Kejar suara ke sana sini.

Dia tidur dan di tengah malam dia rasa isterinya kejutnya dan ajak makan bersama-sama. Dia nampak hidangan. Ada 2gelas. Dia rasa inilah yang dia nantikan. Dah lama tak makan berdua. Dia menangis. Dan ucap sayang. Sayang. Dia cuma sebut nama isterinya. Tapi isterinya tiada di sana. Dia benar ingin pegang tangan isterinya.

Dia terjaga. Dia bangun dari tidur dan lap air mata. Ish katanya aku sibuk sedih. Mana anak-anak. Ya Allah. Tengah dia duduk ternampak isterinya tengah solat tahajud. Berdoa menangis. Melompat gembira syukur kerana dia diberi mimpi rupanya. Terus dia menangis kuat-kuat dan peluk isterinya dari belakang. Dia ambil wuduk dan solat juga.

Katanya sayang abang minta maaf. Abang sayang sayang. Abang minta maaf. Abang mimpi sayang dah tiada. Rupanya Allah nak sedarkan abang. Dia terus berubah. Dan mula melihat , mendengar, hidup dalam kehidupan ini. Mula bersyukur dengan nikmat Allah. Asyik nak cium dan peluk isteri dan anak-anak. Adakah setelah semuanya hilang baru kita nak tersedar?

Mula belajar iman dan agama. Berdakwah. Itulah kita cuma akan sedar bila semua ini sudah tiada lagi. Kita lupa masa nikmat depan mata. Hargailah ahli keluarga kita-

Sumber: -Ustaz Ebit Lew-

4Ulasan

  1. Tanggungjawab suami terhadap keluarga ni sebenarnya besar. Namun, hari ini ada segelintir golongan suami yang mengabaikan tanggungjawabnya hingga menyebabkan kecelaruan dalam masyarakat.

    BalasPadam
  2. Ustaz ebit lew punya cerita semua best2..byk pgjrn boleh diambil.

    BalasPadam
  3. nice entry :)
    giveaway terbaru akan dilancarkan di blog syira lokman 2 jam lagi..tunggu ! :D

    BalasPadam
  4. Kita sering sedar kehilangan seseorang bila org tu dah tiada

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ