بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Entry yang berkaitan dengan bau bayi:
Kita suka sebarkan sesuatu tanpa buat penyelidikan terlebih dahulu...
Jom kita tengok beberapa amalan yang disebarkan kononnya dari hadis Nabi s.a.w
AWAS!!! Hadis-hadis PALSU Yang Diada-adakan! | MF sendiri pun berhati-hati untuk sebarkan... jika kita tak tahu, tak buka kitab Hadis, jangan memandai nak sebarkan... cari dulu sumber.. Tak tahu belajarlah cara ilmu hadis... bagaimana sesuatu hadis tu ditakrif sebagai palsu, bagaimana dikatakan hadis sahih, bagaimana sesuatu hadis itu dikatakan cacat... belajar dan bacalah yang tu dulu, sebelum nak sebarkan sesuatu hadis.. niat memang baik tapi berhati-hati sebarkan.. sebab Nabi s.a.w dah bagi peringatan:
Ali r.a berkata : Nabi saw. Bersabda: kalian jangan berdusta atas namaku, maka sesungguhnya siapa yang berdusta atas namaku pasti masuk neraka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
حديث أنس قال إنه ليمنعنى أن أحدّثكم حديثا كثيرا أن النبىّ(ص) قال : (( من تعمد علىّ كذبا فليتبوأ مقعده من النار))
Anas r.a berkata : sesungguhnya yang menahan diriku memperbanyak riwayat hadits kepadamu, kerana nabi saw. Bersabda: siapa yang berdusta atas namaku, maka ia menyiapkan tempatnya dalam neraka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berbohong adalah satu kesalahan yang besar, apa tah lagi berbohong atau mereka-rekakan hadits-hadits palsu ???????
حديث أبي هريرة عن النبى(ص) قال : (( ومن كذب علىّ متعمدا فليتبوأ مقعده من النار ))
Abu Hurairah r.a berkata : nabi saw. Bersabda:siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah menyiapkan tempatnya di dalam neraka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
bahaya2 . banyak hadis2 palsu sekarang cuba nak sesatkan penganut islam
BalasPadamrisau jugak kan nak share benda2 macam ni..takut tersalah pulak..
BalasPadamBanyak jugak hadis yang tak betul tersebar sekarang ni
BalasPadamMF, yang bab tinggal solat tu dari zaman sekolah ustaz, ustazah ajar macam tu..sampai ni saya ingat..astagfirullah..
BalasPadamakak setuju tuh, kadang kite tak kaji pakai share n forward je... zmn skrg nih ramai yg suke memandai2
BalasPadamni la pentingnya ilmu. kekadang tu benda2 yang orang suka sangat forward kat wasap. kena kaji dulu asal usulnya. nanti benda tah apa2 yg kita sebarkan. kalau nyata jelas n betul dalilnya tak apa. ni main hentam saja sebar. lepas tu kalo org tegur salah.. 'ooops kita main forward saja..'
BalasPadambahayalah dunia skrang. nyata fitnah agama itu makin jelas.. semoga kita semua terpelihara..
kadang-kadang ,terlalu taksub membuat kita menerima bulat-bulat apa yang disampaikan walaupun meragukan.Nice sharing Maria Firdz
BalasPadamBahayanya zaman sekarang ni,sampai hadis pun dipalsulkan
BalasPadam