Kecewa Dengan EEDAZcollection: Tiga Bulan Ditempah, Belum Terima Barang!

Kecewa Dengan EEDAZcollection: Tiga Bulan Ditempah, Belum Terima Barang!
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Semalam pasti ramai yang baca status MF kat facebook tentang rungutan kemarahan MF dengan satu perniagaan butik online... Hari ni, MF nak luahkan segalanya lepas tiga bulan MF berkira-kira untuk dedahkan... dan status ni pun MF ada tanya pendapat blogger lain.. patut atau tak MF dedahkan...

Akhirnya MF akan dedahkan pengalaman MF berkaitan order MF yang tiga bulan lepas, tapi sampai ke saar ini belum diterima, bahkan dalam whatsapps semalam... belum dijahit...

Apa perasaan anda sebagai pelanggan???



Syarikat tu terkenal juga ya... butik ni ada terletak di Perak kalau MF tak silap lah... dapat lebih 100 ribu like di page facebook dan pernah taja, orang-orang popular dan selebriti tv... huhu.. hebatkan.. tapi tak segah itu sebenarnya bagi MF.

Tempahan kali ini adalah kali kedua... MF pernah order inner neck berdagu saiz M dan L tapi soft awning... kali pertama order, siap dan diterima dalam masa dua minggu... MF faham sebab benda kena tempahan atau pre-order, memang makan masa kan... jadi, ok la dua minggu tu kan.. tapi tetap MF follow up la... baru diorang siap dan pos... MF puji, design diorang cantik dan sedap pakai, kainnya tak panas dan tahan lasak... best... tapi perkhidmatan memang mengecewakan kali ni...


Korang boleh baca printscreen rentetan tempahan ni.. Sebelum bulan Oktober 2014 MF dah tanya, tanya untuk order kali kedua ni.. iaitu MF order Inner Neck Berdagu Saiz M dan L tapi hard awning pula kali ni... warna hitam... lepas bincang-bincang, pada 1 Oktober 2014 MF buat pembayaran online..melalui CIMBClicks... Total jumlah pmebayaran RM50 sahaja...

Lepas dua minggu, MF PM kat page diorang tanya, iaitu pada 16 Oktober 2014, MF tanyakan status order.. rupanya diorang ada masalah... tu pun esoknya baru dibalas PM MF... MF dah rasa nak marah tapi sabarkan hati... MF tanya, kenapa tak inform awal-awal..nak kena tunggu customer tanya baru nak bagitau... huhu...

Lepas tu baru diorang inform diorang pindah kilang.. jadi, semua order tertangguh.. dan baru nak mula balik... lepas 20 Oktober baru dia PM lagi bagitau masalah diorang tu.. tapi MF balas, MF tunggu je, tapi kalau de masalah bagitau la...

28 Oktober 2014 MF PM lagi nak minta duit, sebab lama sangat kan.. dah sebulan dah.. tapi tak berbalas langsung... hinggalah 12 Disember 2014 baru dia balas, katanya ada 30 order masih sangkut... rasanya termasuk order MF la tu agaknya.. Lepas tu 19 Disember 2014, dia PM bagitau dah settlekan beberapa design yang sangkut dan baru nak mula buat inner neck pula... Jadi, MF tunggu je la...

Hinggalah sampai bulan Januari... tahun baru MF PM lagi tanya.. tiada jawapan... sehinggalah dah masuk bulan Februari ni.. PM juga tiada jawapan... dan MF cari semula no telefon kalau ada.. dan whatsapps pula...


Baru dia reply kat whatsapps... mujur dia ingat lagi order MF ni... Dia kata, tempahan MF baru dipotong tapi tak dapat jahit lagi.. pastu minta MF gantikan order MF dengan yang ready stock... inner neck soft awning...saiz M dan S... kalau yang tu baik tak payah order.. kat kedai bersepah jenis tu... tak berbaloi dengan harga kalau nak tempah sebab kat kedai dan butik lain pun ada.. tapi saiz yang MF tempah tu takde kat kedai dan susah nak dapatkan... MF survey harga kat web lain mahal... tapi bila dah murah, kain berkualiti, perkhidmatan lah pula teruk..

MF memang kecewa... sebab diorang tak jaga customer... bukan kali pertama MF order, tapi kali kedua... ooo... mungkin sebab belian MF tu tak sampai ribu riban kan.. MF tak popular kan.. jadi, layan tak layan je order tu kan... MF kira sabar kot.. Kalau kena kat customer lain, memang dah lama diprintscreen dan diviralkan... tapi MF sabar dan cuba faham situasi diorang sebab MF anggap, MF juga buat bisnes jenis tempahan... tapi bila kena gini.. rasa serik nak order kat page yang popular... Baik MF beli kat page facebook yang like ratus-ratus tapi perkhidmatan mantap kan...

MF rasa bengang betul, lepas tengok status update page pasal kepuasan pelanggan dia la.. dia tak tahu, ada je yang teruk dan tak puas hati.. bukan niat MF nak lingkupkan bisnes orang, tapi moga peniaga lain pun ambil pengajaran... kalau ada masalah cepat-cepat PM customer... maklumkan kelewatan dan sebagainya... MF pun ada syarikat.. jenis tempahan juga... dari sekecil-kecil tempahan hingga yang besar, kami cuba buat yang terbaik... walaupun pelanggan tu tempahannya nilai RM5...tapi dia tetap pelanggan kita... kena jaga... jangan ingat kita dah popular... orang yang tempah sikit-sikit ni takde duit... (memang kecewa habis la ni sampai terluah camni... rasa nak menitik air mata pun ya juga)

Kes MF ni masih tertangguh.. MF tak tahu bila MF boleh dapat tempahan MF, sebab duit dia tak nak pulangkan pula... maklumlah busy bebenor la katakan.. Syarikat ni tak menipu, sebab masih reply mesej customer, cuma perkhidmatannya tak layak dinilaikan bagi MF.

Buat EEDAZCollection, maaf sebab saya terpaksa dedahkan perkhidmatan anda kat blog ni.. tiga bulan saya tunggu dan sabar.. tapi kesabaran manusia ada hadnya kan... Harap pihak EEDAZCollection dapat selesaikan masalah tu dengan segera... 
Share This :
Maria Firdz

Maria Firdz: Teacher, Housewife to Mr.Firdz, Mom to 3 daughters and 1 son | Lifestyle blogger, Like to sharing everything and usefull info to all of you.For any collaboration please email: myfirdaussy@gmail.com

avatar

yelah..rasa melampau lah kalau order dah masuk 3 bulan..walaupun tukar kilang dan tempat,kena ada inisiatif lain supaya tempahan customer tak terganggu..

Delete 2/05/2015 10:42 PG
avatar

Memang lama sangat dah tunggu ni.. Kesian MF.

Delete 2/05/2015 11:41 PG
avatar

Sayangnya syarikat besar mcm ni x pandai jaga hati pelanggan. Kalo pihak eedaz membaca entry MF ni, diharap mereka dpt memperbaiki mutu costomer service kpd yg lebih baik..

Delete 2/05/2015 12:14 PTG
avatar

Perghh ... lama giler tertangguh. Mohon pihak berkenaan take note .. kalau tak mo teruskan pulangkan saja duit customer. Bersabar la sis ...

Delete 2/05/2015 1:26 PTG
avatar

alahai...susah kalau peniaga xjaga pelanggan..huhu
cik nor juar inner brdagu kain lmbut jer..:)

Delete 2/05/2015 2:26 PTG
avatar

kalau syarikat tu tak dapat menjamin service yg baik better pulangkan duit.tak perlu nak beri alasan je kan..harap settle cepat kes akak ni..tak baiklah dorang aniaya pelanggan

Delete 2/05/2015 4:30 PTG
avatar
Tanpa Nama

Sis minta pulangkan duit ajelah.. Susah berurusan macam ni. serik pun ada. Walaupun Rm50 itupun duit juga yg di cari dgn keringat kita.

Delete 2/05/2015 4:43 PTG
avatar

Report polis aje if dia x nak pulang kan duit.
memang skit nilai tapi kalau la 10 org yg kena mcm MF, x ke byk?

Delete 2/05/2015 9:35 PTG
avatar

Lama tu sampai 3 bln... Dr dia bg cdgn suruh ambik yg dh siap. Lbh baik bg duit. Hilang 1 beban

Delete 2/06/2015 1:48 PG
avatar

jgn nges kak maria. penah kena juga tp dgn org lain. kita ni x beli byk, buat lemau je dgn kita. mgkin agak, kalau kita bersalah atas dasar 1 sen pun boleh tersangkut kat akhirat nanti. paling sakit kalau pandai2 nak tukar order kita.

kalau seorg customer yg puashati boleh trik 50 pelanggan, customer yg kecewa boleh buat 100 org x percaya

Delete 2/06/2015 5:17 PG
avatar
Maria Firdz person

itulh yg dihrpkn.. klu xblh buat, pulngkn smula duit...

Delete 2/06/2015 12:24 PTG
avatar
Maria Firdz person

setuju sangat dengan kata-kata zinnirah ni..

Delete 2/17/2015 8:48 PG
avatar

lama tu.
kalau saya pon sakit hati..
tak pa la semoga pihak dorng terbaca dan perbaiki kelemahan yg ada

Delete 12/10/2015 3:47 PTG
avatar
Tanpa Nama

saya pun salah sorang daripadanya... geram sgt skrg ni.

Delete 10/19/2016 3:05 PTG
avatar

Assalamualaikum Maria Firdz
Akk baru search maklumat ttg Eedaz nie sbb tempahan kakak (jumlah RM687) dh seminggu pun x terima. Bila di WA lmbt respond dan langsung x beritahu status sebenar cuma beritau order kakak sedang diproses. Bila didesak baru beritau 40% dari pesanan kakak sedang disiapkan. Bila ditanya bila bolih siap kesemuanya dan pos terus mereka senyap. SubhanaAllah... Eedaz mmg x jujur dgn pelanggan dan ada niat x baik kalau tidak mesti dia dh beritau awal2. Malang nya kakak baru terbaca posting ni 😢

Delete 11/05/2016 1:47 PTG
avatar
Shacriesha

Assalamualaikum Maria Firdz..saya pun baru je bc post ni.:order sy dr bln nov 2016 sampai skrang xdapat2 lg sebanyak RM200..ni second order sy lpas sy bli yg 1st 4 helai..xtau pulak EEDAZcollection ni da buat taik ������.tgk page dorng sakit hati dengan msger xbls..wasap n msg biasa apetah lagi..dan malang jgk sbb sy pun br terbc posting ni

Delete 2/08/2017 9:47 PTG
avatar

saya pun da kena sampai skg x dpt... beli bln nov tgl 26 nov 2016 ....

Delete 2/18/2017 9:58 PG
avatar
EM

Saya pernah terdetik hati nak membeli dengan gan page tsebut...tetapi tak jadi...alhamdulillah...mgkin ni la sebab nye..sbb sy ni tggu seminggu pon x tau sabar

Delete 2/19/2017 10:46 PTG
avatar

Lma smpai 3 bln.. mcm2 blh terjd dlm tmpoh tu..

Delete 2/19/2017 11:04 PTG
avatar

hmm.. peniaga macamni la yg biasanya merosakkan reputasi peniaga online..

Delete 2/20/2017 9:12 PG
Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^