Alat Kesan Kanser Serviks di Rumah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Info menarik MF nak kongsi dengan wanita di luar sana... berapa ramai yang pernah buat pemeriksaan Pap Smear tak kisah la bagi anak dara atau mak dara??? Pasti tak ramaikan sebab malu... bab bersalin lain cerita la.. tapi nak buat pemeriksaan sebegini memang tak sanggup rasanya kan.. malu... walaupun kita tahu kepentingannya kan... 

Tapi kini kita boleh buat pemeriksaan ala pap smear di rumah untuk kesan kanser pangkal rahim.. buat sendiri..dan tahu result sendiri hanya di rumah...



Cervisafe Kit iaitu alat yang sama fungsinya seperti ujian Pap smear untuk mengesan kehadiran virus HPV lebih awal. Cervisafe diletakkan di dalam kumpulan peranti iaitu kelas terendah dalam peranti perubatan setara berus gigi dan putik kapas.

Menariknya, Cervisafe Kit adalah alat pengambilan sendiri sampel serviks untuk mengesan perubahan sel dan kehadiran virus HPV. Ia direka khas mengikut kesesuaian tubuh wanita yang menjadikan pengambilan sampel secara sendiri lebih praktikal dan selesa.

Tanpa kehadiran doktor atau pakar perubatan, wanita lebih bersedia dan tidak malu menjalani ujian tanpa kehadiran orang lain. Ini sudah tentu membuang tanggapan mengenai pemeriksaan yang memerlukan mereka berada di hospital atau klinik dalam tempoh lama. Dengan kit ini, wanita boleh membuat ujian sendiri di rumah dan sampel akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut,

Bentuknya yang lebih kecil, menggunakan alat pemegang getah serta kelopak getah, ternyata sangat lembut dan halus sehingga tidak menyakitkan. Paling penting ujian dijalankan dua dalam satu iaitu membabitkan ujian HPV DNA dan ujian Pap sehingga ia mampu mengesan 100 peratus keganjilan sel pada serviks.

Cara menggunakan Cervisafe:

  • Keluarkan Cervisafe daripada pembungkus melalui bahagian pemegang.
  • Pilih posisi selesa dan sesuai untuk anda, misalnya berbaring sambil membeng­kokkan lutut dan membuka pangkal paha.
  • Berdiri dengan menaikkan sebelah kaki di atas kerusi untuk membuka pangkal paha.
  • Dalam keadaan selesa, masukkan kit perlahan-lahan sehingga penunjuk sampai ke pintu masuk faraj.
  • Tolak tombol sehingga anda merasai sentuhan seakan-akan halangan. Kemudian putarkan tombol lima kali mengikut arah jam.
  • Pegang tombol dan tarik perlahan-lahan.
  • Keluarkan Cervisafe sepenuhnya daripada faraj.
  • Tarik tombol sehingga tanda keselamatan kelihatan.
  • Buka penutup botol.
  • Halakan bahagian kepala ke mulut botol. Tolak tombol supaya kelopak jatuh ke dalamnya. Ketatkan penutup dan pastikan kelopak teng­gelam dalam cecair.
  • Masukkan botol dalam beg disediakan.
  • Masukkan borang disediakan, botol dan alat ke dalam kotak, tutup rapat.
  • Letakkan sampel di semua cawangan Al Ansar Health di seluruh negara.

Setakat ini, alat ni takde dijual di farmasi atau mana-mana hospital swasta lain... Alat ni boleh di dapati di LaDIY Healthcare, anak syarikat di bawah DNA Resources Centre bekerjasama dengan Al Ansar Health dengan menyediakan Cervisafe Kit di semua 15 cawangan di seluruh negara pada harga RM299.

Selepas membuat ujian sama ada di Al Ansar Health atau di rumah, bahan ujian perlu dibawa ke Al Ansar Health sebelum dihantar ke DNA Resources Centre untuk ujian makmal. Keputusan ujian diperoleh selepas tujuh hari bekerja dan jika positif, Al Ansar Health akan memberikan nasihat dari segi pemeriksaan kesihatan serta cara meningkatkan imunisasi badan menerusi pengambilan makanan tambahan.

Menarik juga... tapi berbaloi la dengan harga kan..sebab bagi siapa yang memang segan nak jumpa doktor boleh la dpatkan alat ni...

6 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Wah, mcm2 skrg ni ye. Ada alat ni x perlu lagi malu2 nk jumpa doktor..buat sendiri pun boleh nampaknya.

    BalasPadam
  2. huuurm kalau salah teknik macam mana jadinya O.o woooo seramlaaa nauzubillah..

    BalasPadam
  3. wahh good invention..
    tp kena ada keberanian juga nk buat ni..
    saya baru amik ujian pap smear last two weeks, kalau tak mebi boleh jugak cuba :D

    BalasPadam
  4. Wah.. Menarik.. Kathy baru 2 kali buat pap smear..

    BalasPadam
  5. baguslah ada alatan ni kan.senang nak check pun kat rumah

    BalasPadam
  6. MF, ujian pap smear bkn utk org yg dh kawen saja ke??? kalau blm kawen tak boleh kan???

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama