GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Usah Melampau dalam Memuji!


Terkejut juga daku, bila Che Ta bersalin je, jadi viral kat facebook pasal anak dia yang comel tu... ada yang komen bukan-bukan dan terlampau taksub dengan kecomelan bayi tu hingga tak sedar anak dan suami sendiri... nauzubillah... Aku sendiri akui, anak Che Ta tu memang comel, tapi setahu aku semua baby kat dunia ni comel...tak kira manusia atau haiwan, memang comel... Bayi memang indah, kerana itulah tanda bayi tu bersih tanpa dosa... 

Namun, dalam Islam... Rasulullah s.a.w melarang kita memuji manusia secara melampau..kerana khuatir akan datang perasaan riak dan takbur. Bahayanya memberi pujian ada dinyatakan di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Diriwayatkan, Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda s.a.w menambah: “Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.” [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Jadi, dalam memuji makhluk tidak boleh mengatasi Pencipta... Berhati-hati dalam memuji... kerana memuji membuatkan sesorang lupa diri dan rasa bangga diri...
“Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli Syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” [Hadis riwayat Ibn Marduwaih]

Jika benar seseorang itu indah, cantik, comel, kacak dan sebaik-baik kejadian, sebaiknya ucapkanlah:
"Alhamdulillah...kamu sungguh cantik dengan sebaik-baik kejadian Allah ciptakan..." 
"Alhamdulillah... comel sungguh bayi ini, dengan sesempurna kejadian."
Jadi, hati-hati memuji makhluk... usah melampau dalam memuji... kembalikanlah pujian itu kepada yang mencipta sebaik-baik kejadian... Tanpa kebijaksanaan dan kekuasaan Allah, apa yang kita lihat tak seindah yang kita puji...



p/s: Anak Che Ta memang comel...namun, semua bayi yang lahir aku rasa semuanya memang comel...tak kisah la ikut baka dari mana pun, namun semuanya comel...kerana bayi itu fitrah sifatnya.. 

10Ulasan

  1. Betul tu..Pujian tu sebenarnya ujian buat diriku supaya terhindar daripada sifat riak dan takjub dengan diri sendiri. Apapun, tak salah memuji, cume memuji biarlah kena pada tempat dan penuh keikhlasan kan.. Kalau tak, jdi pujian membodek pulak nnti..hehe. ^_^

    Jana Pendapatan dengan Shaklee Bantu Ringankan Beban Suami

    BalasPadam
  2. saya sangat setuju. semua bayi comel. tak kira dia putih atau hitam tp tetap comel kerana hakikatnya bayi itu sangat istimewa

    BalasPadam
  3. buang P jadi ujian..betul juga tu kan..pujian itu satu ujian juga

    BalasPadam
  4. Saya suka memuji orang.
    Dipuji? Entah..ade ke tak ea?
    Sebagai blogger biasalah kan?
    Macam yang lain2..

    BalasPadam
  5. Setuju. Pujian pun ujian jugak sebenarnya. Kalau keterlaluan sangat kena puji, boleh timbul riak dalam diri orang yang dipuji. Angel Love Soldier

    BalasPadam
  6. Setuju. Pujian tu sebenarnya ujian. Kalau terlampau sangat kena puji, boleh timbul riak dalam diri orang yang dipuji. Angel Love Soldier

    BalasPadam
  7. Setuji sangat. Nanti lebih meninggi diri apabila selalu dipuji.

    BalasPadam
  8. pujilah dengan ikhlas dan yang sepatutnya :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ