GuidePedia

8
Sumber: google images

Kartun Ribbit, telah lama ditayangkan tapi kurang publisiti kot, buatkan ramai yang tak tahu akan kewujudan filem animasi ni... Aku sendiri pun tak perasan pernah ada filem animasi ni... pernah nampak sekali je banner kat pawagam... lepas tu dah lupa... hinggalah satu hari suami ku beli DVD ni kat kedai DVD sekali dengan filem Lagenda Budak Setan 3 tu la... yang pernah ku ceritakan di sini. 

Sekali malam minggu lepas, bosan takde cerita menarik di TV, pasang kartun ni... sekali tengok... owh.. cerita katak bernama Ribbit... Filem animasi ni dalam dwibahasa, boleh pilih nak bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris... Kami pilih bahasa Melayu... 

Sekali tengok memang gelak... pasai... rupanya, filem animasi penuh kelainan... apa yang lainnya??? setiap watak ada dialek negeri-negeri di Malaysia... Memang kelakar, bila dengar anak harimau cakap dialek utara... gelak besar aku dan suami... hahaha... Si kelawar dialek Perak, si badak pula dialek orang Nogori... hadooii... pecah perut...

Filem animasi memang sesuai untuk kanak-kanak... Animasi 3D, memang cantik dan terpegun lihat kehijauan hutan dalam filem animasi ni... 

Sedikit info berkaitan filem animasi Ribbit:
  • Ribbit’ merupakan filem animasi pertama terbitan anak syarikat ke-11 KRU Studios iaitu Kartun Studios Sdn Bhd. Filem yang diilhamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim ini ditampilkan dalam dwi bahasa. Bagi versi Bahasa Inggeris, ia diarahkan serta ditulis oleh Chuck Powers manakala untuk versi Bahasa Melayu, ia diarahkan oleh pengarah tempatan yang tidak asing lagi iaitu Mamat Khalid.

  • Bagi versi Bahasa Inggeris, Ribbit menggunakan suara artis-artis terkenal Hollywood antaranya Sean Astin (Lord of the Rings), Tim Curry (The Hunt for Red October) dan pelawak antarabangsa Russell Peters (Fast Food Nation) di mana rakaman suara telah dilakukan di Los Angelas, California. Manakala bagi versi Bahasa Melayu, filem ini menampilkan suara-suara artis tempatan seperti Johan Raja Lawak, Elfira Loy, Awie, Datuk Aznil Hj Nawawi, Izzue Islam, AR Badul, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.

  • Menelas kos keseluruhan sebanyak RM 10 juta, permulaan filem ini sudah cukup membuatkan penonton berasa teruja apabila menyaksikan keindahan latarbelakang filem ini iaitu hutan Amazon di mana ia dihasilkan dengan cukup baik sekali.

  • Filem ‘Ribbit’ menceritakan tentang seekor katak yang mengalami krisis identiti mengembara di hutan dalam pencarian hala tuju hidupnya yang sebenar di mana akhirnya dia menyedari bahawa menjadi seekor katak yang beracun adalah lebih baik dari menjadi seorang putera raja. 
Sumber: Gua.com

Ribbit Trailer

Memang kelakar dan terhibur filem ni... jalan cerita yang mudah... setakat ni dah tiga kali ulang tayang dah kat rumah ni... tambah dengan gambaran 3D yang sangat cantik... aku boleh bagi 4/5 bintang untuk filem animasi ni... dan filem ni sesuai untuk tontonan seisi keluarga... 
Thanks for reading: Review Filem: Terhibur Layan Filem Animasi RIBBIT

Catat Ulasan

  1. Wow..syok ni kalo layan dgn ank2.

    BalasPadam
  2. saya pun suka tengok filem animasi.Tapi yang ni belum lagilah...macam comel je.

    BalasPadam
  3. Nih yg buat akak pun nak cari dvd nih

    BalasPadam
  4. Cite ni ler si Aqil Naim duk ulang2 berkali2 dlm sehari..
    Smpai ibu dia x leh nak tgk cite drama langsung..
    Aduhai..
    Dtg jenguk sini ye.. ;)

    BalasPadam
  5. Menariknya... nak kena cari jugaklah CD cerita ni nanti..

    BalasPadam
  6. tq share..nanti luqman nak tgk la..hehehe..

    BalasPadam
  7. tengok making dia pun best je......

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top