Kesan Makan Ais Krim Ketika Mengandung! |nSuka makan ais krim??? Masa mengandung dulu suka juga makan ais krim... dapat ais krim memang nikmat tuh... tambah orang mengandung rasa panas je kan... memang suka la kalau dapat ais krim... Tapi, boleh ke makan ais krim ketika mengandung??? Apa kesan jika selalu sangat makan ais krim ketika mengandung???
Ada orang kata makan ais krim boleh menyebabkan saiz badan bayi dalam kandungan menjadi terlalu besar, dan mitos ni masih dipercayai oleh sesetengah ibu yang berbadan dua. Akibatnya, walaupun keinginan menikmati ais krim terlalu tinggi, si ibu terpaksa telan air liur dan melupakannya kerana bimbang kesan buruk yang boleh diperoleh oleh bayi dalam kandungan.
Hakikatnya ais krim adalah makanan yang selamat dinikmati oleh ibu mengandung kerana ia diperbuat daripada bahan asas yang mengandungi susu, lemak dan kalsium iaitu nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu sepanjang kehamilan.
Semasa mengandung, ibu memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang janin yang dikandung dan menguatkan tulang ibu sepanjang kehamilan. Ini kerana semasa mengandung, ibu akan mengalami perubahan hormon dimana keperluan kalsium meningkat daripada biasa. Jadi, ais krim merupakan salah satu sumber kalsium yang baik untuk dinikmati oleh ibu mengandung.
Namun, si ibu perlu membuat pemilihan ais krim yang betul. Ais krim yang baik adalah ais krim yang mengandungi susu, lemak dan protein. Ibu hamil disarankan mengambil sebanyak dua hingga tiga cawan ais krim seminggu. Ini kerana komposisi 100 gram ais krim mengandungi sebanyak 207 kalori, 4 gram protein dan 12.5 gram lemak. Jika si ibu makan ais krim dalam kuantiti yang betul maka masalah kegemukan tidak akan terjadi sepanjang kehamilan hanya kerana makan ais krim.
Mungkin bagi ibu mengandung yang mengalami berat badan berkurangan menjelang kelahiran, boleh makan ais krim dengan lebih kerap dengan tujuan menaikkan berat badan bayi. Tetapi harus diingat, ais krim bukan makanan utama bagi ibu hamil, sebaliknya ia hanya kudapan yang boleh digabungkan dengan makanan lain seperti yogurt, buah-buahan segar, roti atau biskut.
Ais krim juga boleh menjadi makanan penyelamat bagi ibu hamil yang mengalami masalah loya dan mual di awal kehamilan cuma pastikan bahan asasnya adalah berkhasiat dan tidak mengambil dalam kuantiti berlebihan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor mengenai pengambilan ais krim sebagai makanan sampingan utama sepanjang mengandung.
Kebaikan ais krim kepada ibu mengandung
Jadi, banyak kebaikan ais krim untuk ibu mengandung... antaranya:
- sumber kalsium yang baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan
- mengatasi masalah kegemukan dan berat badan berlebihan jika mengambil ais krim yang betul
- menambah berat badan ketika hamil dengan kuantiti yang betul
- mengatasi masalah loya dan mual di awal kehamilan.
oo yeke..baru tahu ni..aiskrim kan sedap..tapi kena kawal takut over manis pulak kan
BalasPadammasa preggy memang suka makan eskem...tapi keluar elok jer kecik molek dak tecik tu...
BalasPadamNice sharing Maria
BalasPadamAcik mengandung selalu makan aiskrim...makan sorok-sorok.
BalasPadamBetul tu. Susu adlh kalsium penting utk tumbesaran bayi dan supply zat jgk.
BalasPadamMyb org dlu2 xbg sbb sejuk berais kut
Belog Miss Balqis
Karang kempunan pulak kalau x makan.
BalasPadamMeleleh air liur anak:)
@Farah Waheda Wahid hehe.. itulah mitos org lama kan..
BalasPadam@Cik Balqis mungkin juga la.. org lama2 ni pntang yg sejuk2 ni..
BalasPadam@Mar Mansor betul tu.. kena kawal dan amik la sekali sekala time mengidam tu kan...
BalasPadamsuka makan aiskrim sebeb sejuk.. bila mengandung, badan rasa panas jer kan.. malama pun panas.. hehehe
BalasPadamnikmatnya makan aiskrim :)
BalasPadamsaya xde pengalaman lagi. hehe
waaah bestnya megandung dapat makan eskrem. ingat xelok utk kesihatan..
BalasPadamanim masa preggy memang main bedal je aiskrim ni sisi hehe. Ia menenangkan perasaan dan macam terapi untuk melegakan tekak yang loya :)
BalasPadam