Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya, “Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkabn keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”. [HR Bukhari]
Huraian Hadith:
- Orang yang suka memberi adalah lebih mulia dan disanjung oleh Islam daripada orang yang suka meminta-minta.
- Perbelanjaan hendaklah diutamakan kepada kaum keluarga yang dibawah tanggungan.
- Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang telah mencukupkan perbelanjaan untuk keluarganya.
- Perbelanjaan dan pemberian yang telah dikeluarkan oleh seseorang akan diganti semula oleh Allah.
- Islam menggalakkan umatnya supaya bersifat pemurah, bersabar atas kemiskinan dan merasa cukup dengan apa yang ada tanpa meminta kepada orang lain.
- Islam benci kepada orang yang suka meminta-minta. Allah akan memberi kekayaan kepada seseorang yang telah merasa cukup dengan apa yang ada padanya walaupun dia miskin.
- Sesiapa yang memohon pertolongan Allah untuk mendapatkan sesuatu pasti akan ditolong.
- Keluarga sendiri hendaklah didahulukan dan diutamakan dalam nafkah.
Sumber : Kitab Riyadhus Solihin
Rujukan: JAKIM
Memberi makan dan berbelanja untuk keluarga itu dikira sedekah, dan itulah sedekah yang terbaik yang dianjurkan dalam Islam bagi seorang suami. Jadi, suami atau isteri usah berkira bab nak berbelanja cuma jangan sampai membazir pula... Syukur dengan apa yang ada dan usah bandingkan kehidupan kita dengan orang lain, kerana jika kita redha dan rajin bersedekah serta memberi walaupun kita tak kaya, pasti Allah akan cukupkan keperluan kita.. insha Allah...
Insya Allah...terima kasih atas perkongsian :-)
BalasPadaminsyaallah
BalasPadamInsya Allah...terima kasih mengingatkan...
BalasPadamnice sharing
BalasPadamgood entry :)
BalasPadamthanks 4 sharing
singgah pagi disini :)... good morning
BalasPadamSama2 kita bersedekah
BalasPadamtq for sharing
BalasPadamalhamdulillah..kalau ade lebih bantu yang memerlukan dan bersyukur dengan rezeki yang ada :)
BalasPadamSedekah itu baja rezeki.perbanyakan sedekah utk tambah rezeki..percayalah.
BalasPadamThanks mengingatkan.
BalasPadamBetul, utamakan kaum keluarga yang susah dahulu baru nak pi tolong orang lain.
insyaAllah dear
BalasPadam