GuidePedia

11
Dah dua hari, air liur adik meleleh je... Merengek tak selesa.. Makan pun tak seperti selalu... Susah hati dibuatnya... Masih ada lagi kulat susu kat mulut tu... Adik ni kuat menyusu tapi susah nak minum air... Hmmm... Tapi mungkin kah adik nak tumbuh gigi... 

Mengikut pembacaan artikel drypers... Tanda-tanda tu ada juga...

sumber: google images

Gigi tumbuh apabila bayi menjangkau lima ke enam bulan. Ada bayi yang dilahirkan dengan gigi dan ada yang tumbuh gigi setelah umur menjangkau setahun. Gigi pertama Kebanyakan bayi akan tumbuh dua gigi kacip di bahagian bawah dahulu. Dua gigi kacip di bahagian atas akan tumbuh selepas itu, diikuti oleh dua gigi di bahagian atas kiri dan kanan, kemudian di bahagian bawah. Gigi yang tumbuh ini dipanggil gigi susu. Set gigi susu adalah sebanyak 20 batang. Set gigi ini akan digantikan dengan gigi kekal sebanyak 32 batang.

Tanda-tanda tumbuh gigi
Proses tumbuh gigi akan memberi kesan kepada keselesaan bayi secara berbeza-beza; ada bayi yang tidak mempunyai masalah langsung atau tidak sedar gigi mereka tumbuh, manakala ada yang berasa tidak selesa apabila gigi mereka mula tumbuh.

Tanda-tanda tumbuh gigi:
  • Mengemam sesuatu di dalam mulut
  • Pipi dan telinga merah
  • Air liur meleleh
  • Merengek dan berasa tidak selesa
  • Demam biasa
Bagaimana membantu bayi anda semasa tumbuh gigi
Sekiranya bayi anda berasa tidak selesa semasa tumbuh gigi, cuba:
  • Berikan bayi gelung gigi getah untuk dikunyah. Gelung ini juga boleh disejukkan terlebih dahulu. 
  • Biskut yang boleh dikemam. 
  • Berikan bayi anda minum air
  • Sekiranya bayi anda mula menggigit ketika menyusu badan, katakan "jangan" secara perlahan-lahan, hentikan penyusuan dan tunggu selama beberapa minit sebelum menyusu semula. Ulang proses ini sekiranya perlu.
Bersihkan gigi
Bersihkan gigi bayi anda yang baru tumbuh. Gunakan berus gigi yang kecil serta ubat gigi berperisa. Walaupun kadang-kadang bayi anda menggigit berus gigi tersebut, mereka akan terbiasa dengan proses membersihkan gigi. Sekiranya anda khuatir berus gigi akan membahayakan bayi anda, gunakan tuala yang lembut dan letakkan sedikit ubat gigi berperisa untuk membersihkan giginya. Anda boleh gunakan alternatif ini sehingga bayi anda berumur setahun.

Memang merengek je la kerjanya.. tapi kadang-kadang ok je... hmmm... dugaan sementara nak membesarkan... lagipun si adik ni manja sikit... tak selesa mula la merengek... layan kan jela... sekali je waktu mereka membesar kan... 
Thanks for reading: Tanda-tanda Anak Nak Tumbuh Gigi!

Catat Ulasan

  1. Nice sharing sis. Sangat berguna untuk ibu2.

    Hye, Esgesee menawarkan harga yang berpatutan terutamanya kepada pembeli borong, peniaga pakaian mahupun agent dropship

    http://angellovesoldier.blogspot.com/2014/10/esgesee-korean-fashion-online.html

    BalasPadam
  2. anak sy skrg yg CANINE tu tgh nak keluar nampak putih2 je kat gusi...second molar belum masa dia lg nak keluar hehe..alhamdulillah.gg dia ikut perkembangan yg sepatutnya

    BalasPadam
  3. Kene byk bersabar time ank nk tumbuh gg. Mvm2 serba x kena jadinya..

    BalasPadam
  4. bila baca tentang gigi ni,, rasa mcm lawak pulak,, hehehe farra patah gg 1 dekat depan,, hehehheee muda2 dah mcm nenek farra ni,,

    BalasPadam
  5. Bile anak merengak nak tumbuh gigi ni, memang alahhaaii siannya.. Memang sangat tak selesa. Semua ibubapa akan melalui benda yang sama kan.. Tapi, bile dah tumbuh gigi plk, alahhaii susahnya nak suh gosok gigi pulak..hehe. Skrg ni duk bg mkn Chewable Vita C Shaklee jela bg gigi dia kuat sama..^_^ Klu Maria ada tips2 anak mudah gosok gigi, best jugak tu..hihi

    10 Sebab Kenapa Kandungan Meal Shakes penting buat anak anda

    BalasPadam
  6. baby sya tengah dalam proses nak tumbuh gg juga skg

    BalasPadam
  7. siannya dia nak tumbuh gigi mesti rasa tak selesa tu..

    BalasPadam
  8. Sabar jer la time-time gini...memang merengek jer, tak kena dibuatnya.

    BalasPadam
  9. Anak2 masa nak tumbuh gg selalu la meragam macam2 benda yang dibuat semua tak ekna ..menagis jer ..kesian kan bila tgk anak2 sakit nak tumbuh gigi..

    BalasPadam
  10. Bika nk tmbuh gigi memang tak selesa...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top