GuidePedia

6
sumber: google images

Petua mudah untuk meredakan migrin... Boleh cuba ni...

1. Merendam Tangan dalam Air Dingin
Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.

2. Berada Di Dalam Bilik gelap
Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.

3. Mengambil Sedikit Kafein
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.

4. Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.

Selamat Mencuba!

Sakit kepala migrin bukan macam sakit kepala biasa... Sakit yang mencengkam di sebelah kiri, hingga menyebabkan muntah, loya dan sebagainya.. Paling teruk sampai tak boleh bangun... Dah biasa hadapi suamiku yang memang menghidap migrin paling teruk... Biasa, dia akan ambil ubat, dan tidur dalam bilik yang gelap... Pesakit migrin tak boleh hadapi cuaca panas dan cerah... Memang kena elakkan kafein, tapi ada kopi tertentu yang boleh suamiku minum... Beberapa petua mudah ni, tak pernah cuba lagi... mungkin akan cuba nanti... 
Thanks for reading: Petua Meredakan Sakit Migrin

Catat Ulasan

  1. saya dulu penah kena migraine tahap teruk
    mata saya sampai buta sebelah
    doktor suspect tumor, tapi pencetusnya migraine
    alhamdulillah sekarang saya dah tak ada masalah tu
    atuk saya ubatkan

    BalasPadam
  2. Good sharing..moga ianya dapat meringankan kesakitan

    BalasPadam
  3. Tips ke-4 tu unik sangat...first time dengar tentangnya.

    BalasPadam
  4. Ada juga migraine ni tapi takdalah teruk sangat. Tak pernah dengar pasal petua ni semua. Thanks for sharing, Maria!

    BalasPadam
  5. Bkn amek kafein leh sbbkn migrain ke...
    Sllu kalu mnum nescafe mule la pale nyut2..heheehe

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top