GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kahwin Bukan Hanya Malam Pertama!

Kahwin Bukan Hanya Malam Pertama! | Tajuk gempak habis nih... Bukan saja nak kejar SEO tapi coretan ni hasil perbualan dan pengalaman dengan anak remaja...

Satu hari di kelas Pendidikan Islam... Seorang pelajar Tingkatan 1,

Pelajar A: Ustazah, couple tu haram ke??? Kenapa Haram???

Aku: Haram la sebab merugikan, melalaikan dan membuang masa. Lainlah kamu kenal hari ini, untuk kamu kahwin esoknya atau kamu kenal tu memang betul-betul kamu nak kahwin.

Aku sambung lagi cerita... Lagipun jauh lagi perjalanan hidup dan masa depan kamu..., buang masa je bercinta sekarang, belum tentu dia jodoh kamu...

Aku pun bertanya: Bila kamu nak kahwin???

Pelajar: mungkin 10 tahun lagi...

Aku: Hah! Kan jauh lagi tu... Dalam 10 tahun tu macam-macam boleh jadi kan...

Aku tanya lagi: Kamu rasa kahwin tu seronok sangat ke???

Pelajar: Seronok la ustazah, sebab ada malam pertama... Hahaha...

Aku:

Selepas tarik nafas, aku pun jelaskan... Kahwin tak semudah yang disangka... Banyak tanggungjawab nak dipikir, banyak perkara nak difikirkan... Aku tanya balik, korang fikir kahwin ni gembira aje ke??? Pernah tak lihat mak ayah bertekak??? 

Jadi, aku terangkan serba sedikit dan ringkas bab kahwin... Bagi diorang terfikir sikit...

Kahwin Bukan Hanya Malam Pertama!
Sumber gambar: Google



Itulah realiti remaja kita... Nampak macam seronok aje kahwin kan... Aku rasa pengaruh kuat diorang jadi macam ni adalah media... Novel, drama dan filem antara punca diorang fikir yang cinta tu indah aje....

Kalau tengok drama dan filem melayu terutama yang di adaptasi dari novel, semuanya indah je kan.. Suami orang kaya, hensem, kena paksa kahwin .. Pakai kereta mewah... Orang ketiga, orang keempat, konflik mak mentua... Itu aje lah pusing-pusing... Sampai boleh hafal dah jalan ceritanya... ending ceritanya macam mana... 

Novel remaja sekarang pun banyak ke arah cinta... Aku tak tahu lah ke mana nilai moral anak remaja kita... Jika itu sahaja yang dihadapkan mereka... Baik bagi layan Upin Ipin, tak pun cerita Frozen aje... Kartun-kartun pun, tapi cinta kepada sahabat dan cinta antara adik beradik...

Itulah zaman sekarang ni... Kalau tak didik anak dari lahir kenal dan cinta Allah dan Rasul, pastilah ke lain jadinya... Risau sungguh fikirkan anak sendiri... Dua orang anak solehah, amanah Allah... Memang risau sebab hari-hari hadap anak murid, buatkan kita terpikir anak sendiri...

Akan ku didik dan bagi pencerahan sebaik mungkin... Anak-anak didik ni, fikirkan cinta je..padahal kalau tanya bab mandi wajib pun tak reti ... Mengucap pun belum tentu lepas... Nauzubillah...

Coretan ku ni bukan nak aibkan sesiapa atau nak kata sesiapa...cuma nak kita sama-sama buka mata dan minda.. Inilah realiti remaja kita sekarang!!! Cuba renungkan masa membesar anak-anak kita 10 atau 20 tahun akan datang???? 

12Ulasan

  1. adehh.. ade jugak yg jawab cmtu kan.. urmm.. same2 muhasabah diri.. thanx sharing :)

    BalasPadam
  2. budak2 muda memnag gitu la..kawen sebab nak ehem je/..eheh..

    BalasPadam
  3. Risau juga mengenangkan nasib generasi remaja zaman sekarang ni...

    BalasPadam
  4. berbeza dengan zaman dulu kan..kalau zaman dulu pergi sekolah memang untuk belajar.

    BalasPadam
  5. betul tu.itu yg perlu dipikirkan.
    drama skrg byk pengauhnya.nak nak lagi media sosial sedia ada..

    BalasPadam
  6. betul tu..kalau fikir khwin hnya nak seks..tak brmkna rumahtngga tu..pe2 pun nice share

    BalasPadam
  7. Kene 'tune' balik minda budak2 ni dari 'rebung'.

    BalasPadam
  8. macam tu aje pemahaman diorang tentang perkahwinan
    cam senang sangat ye
    tapi saya setuju sangat apa yang cikgu katakan
    mentaliti mereka tak sama macam budak zaman dulu

    BalasPadam
  9. dasyat betul jawapan budak2 ni..jenuh gak nk tukar perspektif dorang

    BalasPadam
  10. saya setuju sangat. remaja zaman sekarang terlebih dewasa daripada usia. bila terlalu banyak pengaruh media yang tidak elok diikut, bimbang akan menjadi masalah sejagat

    BalasPadam
  11. Hihi. Tapi kahwin memang seronok kalau ikut syariat- istikharah, kenal mak bapak terus.

    Kalau tak gaduh, takde lah sesi pujuk memujuk :P Kena kuat berpegang pada Allah, jaga amalan-amalan wajib dan sunat. Eh dah macam nak bagi ceramah lak :P

    BalasPadam
  12. Sedihkan..akak lg la dua org anak solehah yg ade nih pun walaupun kecik tetap akak riso..sbb tuh aku sedaya upaya berikan diorg pendidikan terutama skali agama..bkn araokan cikgu semata kita pun kne didik diorg kan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ