GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Suami Isteri Bermesra di Khalayak Ramai!

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hukum Suami Isteri Bermesra di Khalayak Ramai! |  Isu gak ni sebenar... Sekarang ni trend dah.. Amik gambar suami isteri peluk-peluk masuk kat facebook, instagram dan segala bagai... 

Boleh ke buat macam tu??? 

Secara umumnya rasa macam ok je kan.. Ea lah dah halal kan... Nak jatuh dosa dan haram kot mana... 

Tapi ini jawapannya dari Ustaz Azhar Idrus:
************************
Hukum Suami Isteri Bermesra di Khalayak Ramai!
Saya baru balik dari Mekah dan saya mencium isteri saya di khalayak ramai. Apa hukum cium ini?

Ustaz Azhar Idrus jawab:

Heheee... Dia tanya bab cium

Mula-mula nak tahu dulu, cium kat mana? Kalau cium tangan, BOLEH... takde masalah! Tapi kalau cium mulut... cium pipi... ni adalah menggugurkan maruah

Jangan bercium di khalayak ramai gitu...  Betul la bini mu... tapi kita kena jaga jugak benda2 macam ni...

Cium tangan sudah la... Nak cium lebih, balik rumah!

Kalau berjalan pun cam tu jugak... tak leh berpeluk ngan bini kita. "doh bakpe tokleh peluk doh bining kite!" 

"dah tahu bini mung,... doh bakpe mung tok gi jimak kat roundabout nyer?"

Tak boleh... pimpin tangan jer dah la... Ni berpeluk peluk cam belangkas. Orang tegur, dia jawab "bining aku, suka aku lah..."  Tak leh la ikut pandai gitu... Ada adab2 di luar rumah, depan orang, belakang orang... depan anak pun tak boleh dah!

Soalan lagi:

Lepas majlis akad nikah, suami cium isteri di depan tetamu bukan mahram. Boleh ke?

Ustaz Azhar Idrus jawab:

Ni banyak berlaku. Lepas akad nikah pastu cium. Jangan buat gitu... Batal air sembahyang ni, buat dalam bilik karang. Ok la... kita tengok contoh 70-an... Cukuplah dengan pengantin lelaki hulur tangan, isteri dia cium.

Yang tu elok jugak... Ni sekarang cium pipi... pastu cium dahi. Dalam 5 tahun lagi, romen terus depan tok imam. Jadinya, macam kahwin pengantin2 di gereja...

Sekarang ni ada pra wedding pulak... Ni semua ni karut la belaka ni... Belum nikah lagi tapi macam nikah sungguh dah... Siap ngan duduk... siap ngan pimpin tangan... siap terguling... Ni semua manusia lara

Tunang sekarang pon dah sanding dah! Makin hari makin pelik... makin pelik. Jadi, kita buang balik semua yang lara ni... dan kita kembali bermula dengan sunnah... 

Biarlah low profile... sederhana sudah... Yang penting, kehidupan kita selepas pernikahan... 

Sumber: Translate dari Video Ceramah UAI di Youtube.


Jika betul kita bahagia, tak perlu nak tunjuk begitu... Sebab bahagia bukan untuk ditunjuk tapi untuk disyukuri... Tapi malangnya ada juga dalam kalangan ilmuwan agama yang buat macam ni, tu yang jadi masalah...

Sebenarnya kita tunjukkan persepsi murahan kat remaja yg belum kahwin... Diorang akan pikir oh.. Indah kahwin.. Sekadar nak halal kan apa yang haram... Padahal perkahwinan itu lebih daripada itu... Berpada-pada lah.. Cium depan anak pun kena control apatah lagi depan orang ramai kan...

Renung-renungkanlah... 

Selamat beramal...

Posted via Blogaway: Entry Autopublish


10Ulasan

  1. Well.. Betul jugak tu. Sepatutnya kita kena jaga adab walaupun dngn pasangan halal sendiri :)

    BalasPadam
  2. jaga adab kan..kalo orang yang menengoknye meluat..emm

    BalasPadam
  3. terima kasih mengingatkan...ada had dan batasnya

    BalasPadam
  4. Thanks sharing.cantik header baru akak..... =)

    BalasPadam
  5. Yg pntg jaga adab tak perlu tnjuk kt org yg kamu pasangan yg bahagia..biar diri sndri n Allah saja tau..bila tgur jwb suka atilah laki aku bini aku..ermmm mcm die sorg de laki de bini kan...

    BalasPadam
  6. setuju sangat2.. bahagia kita tak perlu tunjuk sebab tak semua orang suka tengok. kalau betul halal pun kenala jaga adab dan maruah kan sekaligus mengelakkan org lain daripada membawang

    BalasPadam
  7. betul tu. x perlu la nak tunjuk yg kita ni romantik kat org ramai...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ