GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Badi Mayat???

Sumber: google images

Soalan:
Biasanya orang tua kita berpesan jika pulang dari menziarah orang meninggal jangan terus mendekati anak kecil dan asingkan pakaian yang dipakai dengan pakaian anak-anak. Kononnya nanti anak kecil akan meragam kerana terkena badi orang meninggal. Benarkah perkara itu dan apa pandangan agama Islam?

Jawapan:
Apabila seorang muslim meninggal dunia, apa yang diajar oleh Islam ialah mengikutinya, bukan menziarahinya. Ziarah dilakukan ketika seorang muslim masih hidup namun dalam keadaan sakit.
Bezakan dua perkara ini berdasarkan hadis berikut, di mana Rasulullah bersabda:

Hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada enam perkara (iaitu): (1) Apabila kamu bertemu dengannya, ucapkankanlah salam kepadanya. (2) Apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. (3) Apabila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. (4) Apabila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat. (5) Apabila dia sakit, ziarahilah dia. (6) Dan apabila dia meninggalkan dunia, ikutilah (jenazahnya). [Shahih Muslim, no: 4023/2162]

Maksud mengikuti jenazah ialah mengikuti jenazah dari saat dia meninggal dunia sehinggalah disolatkan (solat jenzah) dan dikuburkan. Ini berdasarkan hadis berikut: Sesiapa yang mengikuti jenazah muslim kerana iman dan mengharapkan balasan (daripada Allah), dan dia selalu bersama jenazah tersebut sampai disolatkan dan selesai dikebumikan, maka dia pulang dengan membawa (pahala) dua qirath, setiap qirath setara dengan gunung Uhud. Dan sesiapa menyolatkannya dan pulang sebelum dikuburkan maka dia pulang membawa satu qirath. [Shahih al-Bukhari, no: 45/47]

Ada pun badi mayat, ia adalah kepercayaan masyarakat bahawa kononnya makhluk ghaib yang selama ini menemani jenazah ketika hidup telah berpindah kepada salah seorang yang mengikutinya setelah dia meninggal dunia.

Badi mayat menyebabkan seseorang yang pernah mengikuti jenazah sering mengalami mimpi ngeri, menghidu, mendengar atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada, keresahan, ketakutan dan lain-lain gangguan.

Sebenarnya apabila seseorang mengalami gangguan seumpama di atas selepas mengikuti jenazah, ia adalah gangguan syaitan yang berkeliaran dan bukannya gangguan makhluk ghaib yang kononnya pernah menemani jenazah ketika hidup.

Ia berlaku kerana dalam suasana terlalu kesedihan tatkala mengikuti jenazah, seseorang itu kerap kali lupa kepada Allah sehingga mudah dipengaruhi oleh syaitan.

Tidak ketinggalan ialah pelbagai bid’ah yang dilakukan di sisi jenazah, ia menjadi daya tarikan kepada syaitan untuk datang menghinggap dan mengganggu.

Bid’ah-bid’ah tersebut, meski pun kelihatan seperti amalan agama, sebenarnya adalah amalan yang tidak disyari’atkan oleh Allah. Bid’ah adalah amalan yang dikehendaki oleh pengamal itu sendiri dan bukannya apa yang dikehendaki oleh Allah. Justeru bid’ah menjauhkan pengamalnya daripada Allah sehingga mudah dijadikan mangsa oleh syaitan.

Oleh itu apabila mengikuti jenazah, lakukanlah apa yang disyari’at oleh Islam tambah menambah, mengurang atau mengubah suai. Selain itu jangan lupa kepada Allah, ingatlah bahawa kita semua milik Allah dan Allah berhak mengambil kita pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya.

Merujuk kepada soalan di atas, setelah pulang daripada mengikuti jenazah hendaklah menyebut nama Allah (membaca Bismillahi Rahmanir Rahim) ketika masuk rumah dan ketika menutup pintu rumah.
Ini berdasarkan hadis berikut: Apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam.”

Sebaliknya apabila seorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian telah mendapat tempat bermalam.” Apabila seorang tidak mengingati Allah ketika makan, berkatalah (syaitan kepada golongannya): “Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam.” [Shahih Muslim, nno 3762/2018]

Amalkan tunjuk ajar Rasulullah di atas setiap kali memasuki rumah, baik apabila pulang dari pejabat, pasar, bersukan, menziarahi orang sakit atau mengikuti orang yang meninggal dunia. [Sumber]

Ikut orang tua-tua memang banyak pantang larangnya... namun, selagi mana adat dan pantang larang itu tak menyalahi syariat kita boleh ikut..jika menyalahi hukum hakam agama Islam, haram kita mengikutinya. 

5Ulasan

  1. betul tuh... cuma kadang2 org tua2 suke bg nasihat atau pantang larang ngn maksud tersirat...

    BalasPadam
  2. dulu dulu memang banyak pantang larang kan.

    BalasPadam
  3. selalu dengar orang tua2 kata pasal badi mayat ni..

    BalasPadam
  4. ORG TUA2 BYK PANTANG LARANGNYA KAN KAK. ADA YG TERLALU MENGIKUT 100%. BAGUS PENDEDAHAN NI. MEMBUKA MATA HATI SEMUA UMAT ISLAM

    BalasPadam
  5. Kdg kdg org org tua nih byk pntang larangnya..mne yg x nelanggar syariat ikut jela.kalau rasa was was xpyh ikut..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ