Sumber: google images |
Apakah hukum seorang perempuan memberitahu kepada rakan lelaki bukan mahram tentang rambutnya yang panjang, lurus dan sebagainya walaupun lelaki tersebut tidak pernah melihat rambut perempuan tadi? Entri ini boleh jelaskan untuk anda.
Terlebih dahulu, hukum menutup aurat adalah wajib bagi setiap umat Islam sama ada lelaki mahupun perempuan. Perintah ini mempunyai hikmah yang tertentu agar kehidupan manusia lebih terpelihara. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59).
Daripada ayat ini, kepentingan menutup aurat adalah untuk menjaga kehormatan wanita Islam dan mengelakkan gangguan daripada orang yang berniat jahat.
Begitu juga memelihara dan menyimpan ciri-ciri aurat daripada diketahui oleh orang yang bukan mahram. Perkara ini perlu dielakkan kerana boleh mendorong orang yang bukan mahram itu untuk melakukan maksiat seperti membayangkan perkara yang haram dan menaikkan syahwat mereka.
Di samping boleh menyebabkan orang lain melakukan perbuatan jahat kepadanya disebabkan tersebarnya ciri-ciri aurat yang diberitahu olehnya. Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi ini, gambar mudah disunting dan boleh dijadikan untuk mengaibkan dan mengancam wanita tersebut.
Oleh itu, hukum memberitahu ciri-ciri bahagian aurat kepada yang bukan mahram adalah dilarang dalam Islam walaupun orang itu tidak melihat aurat tersebut. Larangan ini dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain. Kemudian menceritakan perihal perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya itu melihat perempuan yang diceritakannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). [sumber]
Itulah ea... banyak sangat aku jumpa di laman-laman sosial, facebook atau blog... kisahkan pasal aurat, tapi secara tak sedar diri sendiri mendedahkan aurat dalam tak sedar. Kalau nak tahu, orang lelaki ni, kita bagitau berat badan kita pun dia dah boleh agak badan dan bentuk badan wanita tu macam mana... Apatah lagi kalau dok tayang badan kan dengan pakaian yang ketat. Sebab itu juga, menceritakan pegalaman bersalin juga diibaratkan membuka aurat secara tak sedar... ada orang tanya, macam dikatakan membuka aurat tu... ealah.. dari pembacaan aku di kebanyakn blog yang cerita pasal pengalaman bersalin, mesti ada part bukaan berapa, pecah ketuban, kontraksi, posisi... itu cerita sebgitu buatkan orang lain boleh bayangkan, tambah lelaki lah, sebab diorg punya imiginasi kuat... Aku kongsi kan saja.. aku takut dalam tak sedar kita buat dosa... nauzubillah.. selebihnya terpulanglah kepada diri sendiri.. tepuk dada, tanya iman.. maaf jika ada yang terasa...
nice share :)
BalasPadamooo menceritakan je pun takboleh ye
BalasPadamthanks for the reminder sis...betul tu diorang ni imaginasi kuat, tu yang bahaya
BalasPadamSama2 muhasabah diri
BalasPadamterima kasih untuk perkongsian ni.
BalasPadamterima kasih untuk mengingatkan..kita manusia sering lupa
BalasPadamtq share..bermanfaat sangat.. :)
BalasPadamgood sharing
BalasPadamBetul tu.
BalasPadamSemoga saya & kita semua ambil iktibar.
* Recently ada baca kat blog2 lain pasal breastfeeding... tunjuk breast milk yang 1 peti ais. Memang niat mereka murni. Tapi, lelaki ni ramai yang akan imagine benda2 lain. Ada yang dah tegur..tapi, terpulanglah. Nak buat health promotion macam ni is really good but i think better buat details explaination in a specific group. Make a meeting @ perjumpaan for those who really interested. Or kalau x boleh jumpa, can pm. Think.of another solution.